A. K. Jailani

A. K. Jailani atau nama sebenarnya Abdul Kadir Jailani (1927 – 31 Oktober 1988) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau dikenali setelah membintangi filem Do Re Mi arahan P. Ramlee.

A. K. Jailani
Kelahiran
Abdul Kadir bin Jailani

1927 (1927)
Meninggal dunia31 Oktober 1988(1988-10-31) (umur 60–61)
Sebab kematianPenyakit angin ahmar dan kencing manis
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1965–1988
Terkenal keranaWatak Ahli Mesyuarat Tingkap dalam filem Do Re Mi
Pasangan2
Anak-anak5

Kehidupan awal

sunting

Abdul Kadir Jailani atau A. K. Jailani dilahirkan di Jerebu, Negeri Sembilan pada tahun 1927. Sebelum menjadi pelakon, Jailani pernah bertugas sebagai anggota polis di Jerebu. Selain dari itu, Jailani juga aktif sebagai pemuzik dan penyanyi dengan sebelum band di Jerebu. Jailani juga pandai bermain bola sepak dan pernah diwakili pasukan bola sepak Jerebu.

Kerjaya

sunting

Do Re Mi merupakan filem pertama lakonanya apabila dipelawa oleh P. Ramlee. Seterusnya beliau terus berlakon dalam kebanyakan filem arahan P. Ramlee di Studio Merdeka seperti Nasib Do Re Mi, Keluarga 69, Ahmad Albab, Putus Sudah Kaseh Sayang dan Laxmana Do Re Mi.

Kematian

sunting

A. K. Jailani meninggal dunia pada 31 Oktober 1988 pada usia 61 tahun akibat penyakit angin ahmar dan kencing manis yang mengakibatkan kaki beliau terpaksa dipotong.

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1966Do Re MiAhli Mesyuarat TingkapFilem pertama
Nasib Do Re MiPenarik Beca
1967Keluarga 69
1968Ahmad AlbabJaddam
Miang Miang KeladiJailani
1971Putus Sudah Kaseh SayangKeropok
1972Laksamana Do Re MiLelaki Polis
1973Penyamun Si Bongkok
1976Hapuslah Air Matamu
1979Panglima BadolPanglima Pulau Pandan Jauh Ketepi
Si BadolDrebar Teksi
Tuan Badul
1984Minah ManjaUjang Singkap
1986Pagar-Pagar CintaPak DollahFilem terakhir
TahunTajukWatakSaluran TV
1965Keluarga Si TompelTV1
1970Intan
1971Telatah Mak Mah
1972Cik Minah Sayang

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TV
1975Ahmad Daud ShowArtis JemputanTV1

Sumber:

sunting
  • Berita Filem, bil 66
  • Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Pautan luar

sunting