Ashraf Sinclair

Pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia

Ashraf Daniel Mohammed Sinclair (18 September 1979 – 18 Februari 2020)[1] ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.[3]

Ashraf Sinclair
Ashraf pada 2016.
Kelahiran
Ashraf Daniel Mohammed Sinclair

(1979-09-18)18 September 1979
Croydon, London, United Kingdom
Meninggal dunia18 Februari 2020(2020-02-18) (umur 40)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanSan Diego Hills, Karawang, Jawa Barat
Warganegara
PekerjaanPelakon, peragawan, pengacara
Tahun aktif1997–2020
PasanganBunga Citra Lestari (k. 2008–2020)
Anak-anak1
IbuKhadijah Abdul Rahman
BapaMohammed Anthony John Sinclair
Saudara

Kehidupan awal

sunting

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang yang juga mempunyai darah campuran Melayu, Jawa dan Arab. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam Youssof (lahir 1983).

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

Kerjaya

sunting

Pada tahun 1997, Ashraf merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1996/1997 pada usia 18 tahun. Selepas Hero Remaja tamat, beliau muncul dalam iklan Kasut Gombak terbitan Petronas yang turut dibintangi oleh Vanida Imran. Iklan ini diarahkan oleh Yasmin Ahmad bersempena hari kemerdekaan Malaysia ke-41 pada 31 Ogos 1998.[4]

Enam tahun kemudian, Ashraf muncul dalam filem SH3 lakonan bersama Fasha Sandha arahan Zek Zukry. Beliau mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempa nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga. Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Kehidupan peribadi

sunting

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[5][6] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta.[7][8] Anak sulung dan anak tunggal pasangan ini, Noah Aidan dilahirkan pada 22 September 2010.

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2020, jam 04:51 pagi, pada usia 41 tahun, akibat serangan jantung.[9][10] Jenazah beliau dikebumikan di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia.[11]

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
2004SH3KhairulFilem pertama
2005Gol & GincuEddy
2008Saus KacangFredo
2009The Real PocongIvan
2018Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi MatiRafa
2021J2: J RetribusiTaufikFilem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
ProksiAman
2023Syaitan MunafikDanny
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006RealitiBurn Ramli8TV
2006–2007Gol & Gincu The SeriesEddy
2007Tidak Pernah Ku SesaliDr. FaridTV1
2008RenjisUngku Alauddin / DeanAstro Ria
2008–2009Renjis 2Kameo: Episod akhir
2018Dosa: Sacred SinFuadAstro First Eksklusif

Sinetron

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
2008SekarBramaRCTI
2009Cinta dan AnugerahReza
2010Sejuta Cinta MarshandaAbel
2011AnugerahArya
Kasih dan CintaAtar
Binar Bening BerlianDimas Adam
2012Putri BidadariJefri
2013Tukang Bubur Naik Haji: The SeriesRayhan
2014Pashmina AishaJuna
2016Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 1)Eddie Bramantyo
Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 2)
2018Cinta yang HilangFirman
2019DewiDr. Fahri

Televisyen

sunting
TahunTajukSaluran TVCatatan
2005Box Office Nowntv7
2006Beat TVAstro Riabersama Sazzy Falak
Mentor (musim 2)TV3
Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZADi Putrajaya
2009Anugerah Planet Muzik 2009Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2019Anugerah MeleTOP Era 2019Pelakon MeleTOPTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Actor Ashraf Sinclair dies of heart attack aged 40 New Straits Times (18 Februari 2020). Dicapai pada 18 Februari 2020.
  2. ^ Aref Omar (13 September 2017). A secretless affair does it for celebrity couple Ashraf Sinclair and Bunga Cinta Lestari New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2018.
  3. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Industri seni Malaysia, Indonesia terkesan pemergian Ashraf Sinclair Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  4. ^ Saraya Mia (18 February 2020). "Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni". Astro Awani.
  5. ^ http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_116d70ae-c0a85062-146b0710-5fe52682
  6. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/18/nation/18914644&sec=nation
  7. ^ Ellyna Ali (2008-11-10). "Ashraf Dan Bunga Sanding Penuh Adat". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-13. Dicapai pada 2008-11-11.
  8. ^ Retrieved 10 February 2008. Ashraf pilih bulan Jun. Kosmo (article in Malay)
  9. ^ https://www.kompas.com/hype/read/2020/02/18/065211866/manajer-bcl-ungkap-waktu-kematian-ashraf-sinclair
  10. ^ Media, Kompas Cyber. "Suami BCL, Ashraf Sinclair, Meninggal karena Serangan Jantung". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-02-18.
  11. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Jenazah Ashraf Sinclair dikebumi di Sandiego Hills Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.

Pautan luar

sunting