Benedikt Höwedes

Benedikt Höwedes (lahir 29 Februari 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini bermain untuk kelab Serie A, Juventus secara pinjaman dari kelab FC Schalke 04. Benedikt merupakan pemain pertahanan antarabangsa Jerman yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2014. Beliau merupakan salah satu daripada tiga pemain yang bermain pada setiap minit di kejohanan dunia tersebut.

Benedikt Höwedes
Maklumat peribadi
Nama penuhBenedikt Höwedes[1]
Tarikh lahir (1988-02-29) 29 Februari 1988 (umur 36)
Tempat lahirHaltern, Jerman Barat
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
(dipinjam dari Schalke 04)
Nombor21
Kerjaya remaja
1994–2000TuS Haltern
2000–2001SG Herten-Langenbochum
2001–2007Schalke 04
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2007–2009Schalke 04 II15(0)
2007–Schalke 04240(12)
2017–Juventus (pinjam)0(0)
Pasukan kebangsaan
2005–2006Jerman B183(0)
2006–2007Jerman B1916(0)
2007Jerman B201(0)
2007–2010Jerman B2123(3)
2011–Jerman44(2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Mei 2017 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2017 (UTC)

Kerjaya kelab

sunting

Höwedes mula bermain bola sepak di kampungnya kelab TuS Haltern pada tahun 1994. Pada tahun 2001, beliau berpindah ke kelab remaja FC Schalke 04. Pada 2003, beliau menjadi kapten pasukan bawah-19 dan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Bundesliga bawah-19 pada tahun 2006.

Pada September 2007, Persatuan Bola Sepak Jerman menganugerahkan Höwedes Pingat Fritz Walter sebagai pemain terbaik pada kumpulan umurnya untuk musim 2006-07.

Pada Januari 2007, beliua menandatangani kontrak profesional pertamanya di Schalke sehingga 30 Jun 2010. Beliau menyertai skuad senior Schalke yang beraksi di Bundesliga pada Julai. Sehingga Oktober 2007, beliau kebanyakan bermain untuk skuad kedua Schalke di Oberliga (divisyen keempat).

Perlawanan profesional pertama Höwedes ialah pada perlawanan Liga Juara-Juara pada 3 Oktober 2007. Pada 10 Disember 2008, Höwedes melanjutkan kontraknya bersama Schalke sehingga 30 Jun 2014. Mulai 23 Julai 2011, beliau menjadi kapten pasukan Schalke.

Pada 9 Mac 2013, Howedes melanjutkan kontraknya bersama Schalke sehingga 30 Jun 2017.

Kerjaya antarabangsa

sunting
Höwedes bermain untuk Jerman menentang Austria pada 2012.

Höwedes bermain untuk pasukan bawah-18 dan pasukan bawah-19 Jerman dan bermain kesemua perlawanan dan termasuk dalam skuad yang melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA 2007. Pada 5 September 2007, beliau membuat satu-satunya kemunculan untuk pasuka bawah-20 Jerman.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-21 UEFA 2009 dan bermain pada perlawanan akhir menentang England, 4-0.

Pada 29 Mei 2011, beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman menentang Uruguay pada perlawanan persahabatan. Pada 7 Jun 2011, beliau bermain pada perlawanan rasmi pertamanya ketika menentang Azerbaijan pada perlawanan kelayakan Euro 2012, Jerman menang 3-1.

Höwedes telah terpilih ke skuad Jerman di UEFA Euro 2012 tetapi tidak membuat sebarang penampilan di kejohanan. Pada 15 Ogos 2012, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman ketika tewas 3-1 kepada Argentina pada perlawanan persahabatan.

Selepas membuat tiga penampilan di kelayakan Piala Dunia 2014, Höwedes termasuk dalam skuad Jerman ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau mula bermain untuk Jerman pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang Portugal dan yang juga merupakan perlawanan debut Piala Dunia bagi Höwedes. Pada perlawanan akhir, beliau bermain sepenuh minit apabila Jerman menundukkan Argentina 1-0 untuk bergelar juara Piala Dunia buat kali keempat. Höwedes menjadi salah satu daripada tiga pemain Jerman yang bermain setiap minit sepanjang kejohanan berlangsung bersama Manuel Neuer dan kapten Philipp Lahm.

Statistik

sunting
Sehingga 25 Mac 2015
Pasukan kebangsaan Jerman
TahunKmnclnGol
201160
201241
201380
2014131
201510
Jumlah322

Gol antarabangsa

sunting
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1.15 Ogos 2012Frankfurt, Jerman  Argentina1–31–3Persahabatan
2.6 Jun 2014Mainz, Jerman  Armenia3–16–1Persahabatan

Penghargaan

sunting
FC Schalke 04<

Antarabangsa

sunting
Jerman

Individu

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai pada 11 June 2014.

Pautan luar

sunting
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Manuel Neuer
Kapten Schalke 04
2011–kini
Pemegang jawatan kini