Daerah Kecil Roban

Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia

Daerah Kecil Roban ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[2] Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Iban.[3] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Roban. Daerah Kecil Roban mempunyai keluasan lebih/kurang 327.8 kilometer persegi (32,780.0 he).[4]

Daerah Kecil Roban
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°53′30″N 111°17′30″E / 1.89167°N 111.29167°E / 1.89167; 111.29167Koordinat: 1°53′30″N 111°17′30″E / 1.89167°N 111.29167°E / 1.89167; 111.29167
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Roban
Keluasan
 • Jumlah327.8 km2 (126.6 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah6,914
 • Kepadatan21/km2 (55/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Sejarah

sunting

Sebelum Daerah Kecil Roban terletak di bawah pentadbiran Daerah Kabong, ia terletak di bawah Daerah Saratok. Pada ketika itu, ia memiliki keluasan sebanyak 373.14 kilometer persegi (37,314.0 he).[5]

Pentadbiran

sunting

Daerah Kecil Roban ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Roban. Ia ditadbirkan oleh seorang pegawai tadbir; pemenang jawatan terkini ialah Michael Meling.[6] Dari segi politik, Roban terletak di kawasan DUN Kabong yang dibawah parlimen Saratok. Ia juga merupakan daerah mengundi dalam DUN tersebut. ADUN Kabong yang terkini ialah Mohd Chee Kadir.[6][7]

Demografi

sunting

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Roban ialah seramai 6,914 orang.[3] Kebanyakannya penduduk di Daerah Kecil Roban beretnik Iban, dengan jumlah 5,633 orang, kemudian diikuti dengan etnik Cina (676 orang), Melayu (469 orang), Bidayuh (40 orang), Bumiputera Lain(24 orang), etnik lain-lain (15 orang), India (9 orang) dan paling sedikit ialah etnik Melanau, enam orang.[3]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No.KategoriJumlah (orang)EtnikJumlah (orang)
1Warganegara Malaysia6,872Melayu469
2Iban5,633
3Bidayuh40
4Melanau6
5Bumiputera Lain24
6Cina676
7India9
8Lain-lain15
9Bukan warganegara42Tiada data42

Rujukan

sunting
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c d "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  4. ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  5. ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
  6. ^ a b news (15 Jun 2021). "Pastikan telefon dapat dihubungi untuk vaksinasi di aplikasi MySejahtera". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-16. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  7. ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.

Pautan luar

sunting