Fahmi Zainol
YB Tuan Fahmi bin Zainol ialah EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi dan ADUN Pantai Jerejak dari PH-PKR. Sebelum menceburi bidang politik, beliau merupakan pimpinan mahasiswa di Universiti Malaya dengan menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada tahun 2013. Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 3 November 2015 yang dilantik sebagai pengerusi biro mahasiswa dalam Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada tahun 2015. Pada tahun 2018, sekali lagi diamanahkan sebagai pengarah pilihanraya Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada 2018 dan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Selepas 2022 iaitu beliau dipilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat dan dipilih sekali lagi dipilih untuk penggal kedua sebagai Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh
YB Tuan Fahmi bin Zainol | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
Memegang jawatan 16 Ogos 2023 | |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Ketua Menteri | Tuan Chow Kon Yeow |
Portfolio | Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi |
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang untuk Pantai Jerejak | |
Memegang jawatan 29 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Majoriti | 8,597 |
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh | |
Memegang jawatan 20 Mei 2022 | |
Presiden | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Ketua AMK | Tuan Adam Adli Abdul Halim |
Butiran peribadi | |
Parti politik | |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli Politik |