Felda United FC

(Dilencongkan dari Felda United F.C.)

Kelab Bola sepak Felda Bersatu atau KB Felda Bersatu adalah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Jengka, Pahang. Dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Pasukan ini beraksi di liga utama bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Selepas merangkul kejuaraan Liga Premier Malaysia 2018, pasukan ini layak dipromosikan ke Liga Super. Dikenali dengan jolokan The Fighters di kalangan peminat, Felda United telah mengambil bahagian dalam liga bola sepak Malaysia sejak tahun 2007.

Felda Bersatu
Nama penuhKelab Bola sepak Felda Bersatu
Gelaran(The Fighters)
Nama pendekKBFB
Diasaskan19 January 2007; 17 tahun yang lalu (19 January 2007)
StadiumStadium Tun Abdul Razak,
Jengka, Pahang
(Kapasiti: 25,000)
PemilikFelda
PresidenKosong
PengurusMalaysia Jamaludin Ahmad
JurulatihMalaysia Mohd Nidzam Jamil
LigaLiga Super Malaysia
2019ke-10
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Sejarah

sunting

Kelab Bola sepak Felda Bersatu ditubuhkan pada 19 Januari 2007 untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia bermula dengan Piala FAM 2007. Penubuhan dan pembangunan pasukan ini dimulakan oleh Felda. Pengenalan pasukan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Razak pada 19 Januari 2007. Oleh kerana sukan bola sepak merupakan sukan utama di Malaysia dengan sejumlah besar penyokong, Felda memutuskan untuk melangkah lebih jauh ke industri bola sepak kerana mempunyai infrastruktur dan kemudahan cukup. Kelab ini memulakan perjalanan mereka dengan membuat debut di Liga Bola Sepak Malaysia dengan bermain di liga bahagian peringkat ketiga, Piala FAM Malaysia. Sekarang, kelab ini mendapat perhatian para penyokong terutamanya generasi Felda. Felda Bersatu dikenali dengan nama Budak Felda. Para penyokong pasukan ini menggunakan sorakan Serang Bang Serang setiap kali perlawanan Felda Bersatu berlangsung.

Stadium

sunting
Stadium Tun Abdul Razak

Stadium utama Felda United adalah Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang. Pasukan ini secara rasmi mula bermain di stadium ini pada tahun 2016 hingga kini. Stadium ini selesai pembinaannya pada akhir 2015.

Dalam penglibatan awal mereka di Liga Bola Sepak Malaysia, pasukan ini pernah beraksi di Stadium Petronas di Bangi, Selangor dan juga telah bermain beberapa perlawanan di Stadium Mindef di Kuala Lumpur apabila Stadium Petronas tidak digunakan. Mereka juga bermain di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Selayang di Selangor, Stadium Hang Jebat di Melaka dan Stadium KLFA di Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke Stadium Tun Abdul Razak untuk musim 2016 dan seterusnya.

Penajaan

sunting
TahunPengeluar KitPenaja UtamaLain-lain Penaja
2007Dikeluarkan oleh kelab--
2007/08AdidasCelcom
2009KappaStreamyxPower Root, Felda D'Saji
2010TM, Felda Prodata Systems
2011Felda Prodata SystemsFelda D'Saji
2012Felda Prodata Systems, Felda D'SajiFelda Sawari
2013UmbroFGVFelda Prodata Systems
2014PumaFeldaKoperasi Permodalan Felda Berhad, FGV
2015Koperasi Permodalan Felda Berhad
2016FBT-
2017-
2018Felda, Tenera HotelFelda Prodata Systems, Felda D'Saji, D'Mart, AirAsia, Animasia, ATF Sport Taping
2019Felda, Ironco, Grand Borneo
2020Felda, TMCB-

Pemain

sunting

Skuad Utama

sunting
Sehingga 14 Februari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
1GK Muhaimin Mohamad
2DF Azarul Nazarith
3DF Tasnim Fitri
4MF Fadhil Idris
6DF Faiz Mazlan
7MF Frédéric Bulot
9FW Ryutaro Megumi
10FW Nicolás Vélez
12MF Shahrul Aizad
13FW Zulfahmi Awang
17DF Azmizi Azmi
18DF Jadid Ilias
19FW Tayo The Little Bus
20DF Ezanie Salleh
No.Pos. NegaraPemain
21MF Jasazrin Jamaluddin
22GK Zarif Irfan
23FW Haikal
24GK Syah Fadil Jokori
27MF Ariff Farhan Isa
28DF Azrul Nizam
29MF Adam
30DF Haziq Puad
71DF Osman Yusoff
DF Naqib Najwan
DF Nikola Raspopović
DF Wazif Nazrail
DF Harith Marzuki
MF Norazwan Amir

Kelab Feeder

sunting

Felda United FC mempunyai kelab feeder nya tersendiri iaitu kelab Young Fighters FC. Dimana pasukan ini beraksi di divisyen 3 liga bola sepak Malaysia, Liga M3 Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan turut dibiayai oleh syarikat FELDA.

Pencapaian

sunting

Domestik

sunting
KejohananJuaraNaib Juara
Divisyen 1/Liga Super2016
Divisyen 2/Liga Premier2010, 20182014
Piala FA Malaysia2014

Domestik

sunting
TahunLigaPiala
Divisyen Posisi Piala FA Piala Malaysia Piala AFC
2007Piala FAM MalaysiaKe-3---
2007-08Liga Premier Malaysia6/13Suku-akhir--
2009Liga Premier Malaysia6/13Pusingan ke-2--
2010Liga Premier MalaysiaJuaraPusingan ke-3Peringkat Kumpulan-
2011Liga Super Malaysia11/14Suku-akhirSuku-akhir-
2012Liga Super Malaysia10/14Pusingan AwalSuku-akhir-
2013Liga Super Malaysia11/12Pusingan AwalPeringkat Kumpulan-
2014Liga Premier MalaysiaNaib-juaraNaib-juaraSeparuh-akhir-
2015Liga Super Malaysia5/12Pusingan ke-2Separuh-akhir-
2016Liga Super MalaysiaNaib-juaraPusingan ke-3Suku-akhir-
2017Liga Super Malaysia3/12Pusingan ke-2Separuh-akhirPeringkat Kumpulan
2018Liga Premier MalaysiaJuaraSuku-akhirSuku-akhir-
2019Liga Super Malaysia10/12Separuh-akhirPeringkat Kumpulan-
2020Liga Super Malaysia-
  • Piala AFC: 1 Penampilan
    • 2017: Peringkat Kumpulan

Struktur organisasi

sunting

Pegawai-pegawai senior

  • Penasihat:
  • Presiden: Kosong
  • Timbalan Presiden: Datuk Mohd Isa Abu Kasim
  • Naib Presiden 1: Kosong
  • Naib Presiden 2: Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
  • Setiausaha Agung: Zulkarnain Muhammad
  • Bendahari: Shahrin Mohd Ali

Pegawai pasukan

  • Pengurus Pasukan: Jamaludin Ahmad
  • Penolong Pengurus Pasukan: Mohd Norhafizi Abdul Rahim
  • Koordinator: Mohamad Faizal Taha
  • Ketua Jurulatih: Mohd Nidzam Jamil
  • Penolong Ketua Jurulatih :
  • Jurulatih 1: Mohd Zahid Hashim
  • Jurulatih 2: Mohd Khairul Ismail
  • Jurulatih Penjaga Gol: Azlisham Ibrahim
  • Jurulatih Kecergasan: Ahmad Radzi Salleh Raibi
  • Ketua Fisioterapi: Fikri Yusri
  • Ahli Fisioterapi: Shukri Arifin

Pengurus

sunting
TahunNama
2007 - 2012 Faisal Zakariah
2013 K. Devan
2014 - 2016 Jamaludin Ahmad
2016 Zulkarnain Mohamad
2017 - Jamaludin Ahmad

Jurulatih

sunting
TahunNamaKejuaraan
2007 - 2009 Reduan Abdullah
2009 Ahmad Fairuz Mohd Yunus (sementara)
2009 - 2012 E. ElavarasanLiga Premier Malaysia 2010
2013 K. Devan
2014 - 2016 Irfan Bakti Abu SalimLiga Premier Malaysia 2014
Piala FA Malaysia 2014
Liga Super Malaysia 2016
2016 Mohamad Nik (sementara)
2016 - 2017 Azmi Mohamed
2017 Mohamad Nik (sementara)
2017 - 2018 B. SathianathanLiga Premier Malaysia 2018
2019 - Mohd Nidzam Jamil

Persatuan yang Menyelia

sunting

Pautan luar

sunting