Hanna Aqeela

Pelakon wanita Malaysia

Hanna Aqeela Mohd Rosni (Jawi: هننا اقيايلا; lahir 5 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Nadia dalam drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara dan sebagai Irma dalam siri drama komedi romantik Love You Mr. Arang.[3][4]

Hanna Aqeela
Kelahiran
Hanna Aqeela binti Mohd Rosni

(1990-06-05) 5 Jun 1990 (umur 34)
PendidikanIjazah Sains Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
PasanganMuhammad Farid Sakri (k. 2022)

Kehidupan awal

sunting

Hanna dilahirkan pada 5 Jun 1990 di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dalam keluarganya. Beliau merupakan lulusan dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[5][6]

Kerjaya

sunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hanna terlebih dahulu memulakan kerjaya hiburan sebagai model untuk iklan televisyen.[7] Kerjaya lakonan beliau bermula sebagai pelakon tambahan menerusi telefilem Aku Bukan Buaya untuk Slot Cerekarama TV3 arahan Amie Maziah Abdul Rahman atau Mak Mie. Tawaran untuk watak tambahan itu diperolehi oleh beliau atas bantuan seorang rakannya yang membawa beliau bertemu Mak Mie.

Namun, kemunculan Hanna mula disedari selepas membintangi drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara yang mengisi Slot Akasia di TV3. Beliau melakonkan watak Nadia, setiausaha kepada Emir Qasha lakonan Syafiq Kyle.[8]

Hanna kemudiannya dipilih menjadi teraju utama drama Dawai Asmara yang bersiaran di TV9, lakonan bersama Putri Najwa dan Emelie Hanif.[9] Beliau kemudiannya muncul dalam siri drama komedi romantik Love You Mr. Arang yang merupakan parodi drama Love You Mr. Arrogant.[10][11]

Kerjaya filem Hanna bermula pada tahun 2017 menerusi gandingan beliau bersama Erwin Dawson dalam filem bergenre romantik Dubai My Love arahan Aidilfitri Mohd Yunos.[12]

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
2017Dubai My LoveFazleenaFilem pertama
2018Operasi XAyu
2024Rampok

Videografi

sunting
TahunTajukPenyanyi
2019"Takhta Cinta"Luqman Faiz
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2014Bila Hati BerbicaraNadiaTV3Drama pertama
Lara AmeenaInsp. DelailahTV1
2015Suami Sebelah RumahImanTV3
Kifarah MistikEpisod: "Pengasih"
2016Dawai AsmaraMaya
Mr Tanda SoalAlisa
Rintihan Nek MisRashida Ismail (Shida)
Love You Mr. ArangIrma
PU WidKhadijahAstro Oasis
2017Bilo Nogori Jupo KelateSyakiraTV3
2018Kelip-Kelip Di Kota LondonInsyirah
Terbaik DarikuZaharah
Sesegar NailofarHazwaniTV1
2019Patah Sayap Bertongkat ParuhDianaAstro Ria
30 Pesanan SuaraZarinaTV3
Kariah Cak PongShuhaza
Rumah Siti Khadijah
Anugerah Cinta AisyahNadihahTV Okey
Ombak Rindu The SeriesEliniflixSiri web iflix Originals
2020I Love You CikguSara RaihanaTV1
BougainvilleaHaziraTV3
2021Suara HatiHaniAstro Prima
Malaysian Ghost StoriesMiraAstro RiaEpisod "Langsuir"
2022NurlailaNurlailaTV1
Imamku OkeySurayaTV Okey
Honey-MoonMairaTV3
Impian LaraLiaAwesome TV
2022-2023Kerana Cinta Itu AdaLilyTV3
20234 Musim CintaBennyTV Okey
Geng Daddy DaddyMiraTV3
Alter-NaratifFarahViu
Bukan Cinta SempurnaAmandaAstro Ria
I Love You, StupidZubaidahViu
Hati Yang ButaArianaAwesome TV
2024Jendela HatiMyraViu

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
2013Aku Bukan Buaya
2014Syah Syahdu
2015Di Halaman RinduSallyTV1
2017Syukur SyawalTV3
Dendam Yang Tertangguh
2018AzamPutriTV3
2021Bibik KayanganAwesome TV
2023Durjana PujaanTV1
Takdir Yang DitakdirkanAsyrikinAwesome TV

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TV
2017Perang BibirDirinya sendiriTV3
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Dirinya sendiri
Tajuk
Safi
Salonpas
Joy
Lifebuoy
Gaviscon
Munchy's

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Baru Wanita PopularTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Iluminasi.com. Biodata Hanna Aqeela Dicapai 6 Mei 2019.
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 November 2018). "Populariti bukan fokus Hanna Aqeela". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 November 2018.
  3. ^ Izwan Mohd Isa (16 April 2018). Piawaian kerja Hanna Aqeela Kosmo!. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  4. ^ Kemalia Othman (4 November 2017). Hanna Aqeela tak perlu raih populariti mendadak mStar Online. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  5. ^ Karier dulu, kahwin kemudian – Hanna Utusan Malaysia (17 Julai 2017). Dicapai pada 18 Mei 2018.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2018). "Tak perlu rosakkan nama untuk popular - Hanna Aqeela". Berita Harian. Dicapai pada 7 November 2018.
  7. ^ Ramlah Zainal (13 Oktober 2017). Masa untuk gilap bakat Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  8. ^ Rezeki berlakon Bila Hati Berbicara Harian Metro (4 Februari 2015). Dicapai pada 16 Mei 2015.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2016). Tawaran bagai mimpi Diarkibkan 2018-05-14 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Mac 2018).Biar lambat tapi kekal Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  11. ^ Hanna Aqeela dipaksa kahwin dalam Love You Mr. Arang Sensasi Selebriti (22 November 2016). Dicapai pada 22 November 2016.
  12. ^ Dubai My Love starring Erwin Dawson and Hanna Aqeela Emily2U (2 September 2016). Dicapai pada 13 Mei 2018.

Pautan luar

sunting