Harun Hashim

Harun Hashim ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang dikenali menerusi lakonannya dalam TV, filem dan teater.[1][2]

Harun Hashim
Kelahiran1955 (umur 68–69)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976–kini
PasanganSakinah Ganjali

Kerjaya

sunting

Meskipun keputusannya untuk menjadi pelakon tidak direstui oleh bapanya, Harun Hashim tetap mahu mengejar impiannya dalam bidang lakonan. Harun memulakan kerjaya lakonan pada 1976 dan diperkenalkan menerusi drama hitam putih, Potret Pekerti terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1978.[3][4] Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Shahrin dalam telefilem Pa'e lakonan Shaheizy Sam dan Nasrizal Ngasri yang disiarkan di TV3 pada 1998.[5] Pada tahun 2004, beliau bersara seketika daripada kerjaya lakonan sebelum kembali aktif pada 2014.

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1997GemilangSyamsulFilem pertama, penampilan khas
2019Banglo No. 99
2022HalimunDato' Ismail
TahunTajukWatakSaluran TV
1978Potret PekertiTV1
1998Mak MertuakuFawzyTV3
2007ManjalaraKarim/Rashid
2017–2018Syurga Yang KeduaKhalidAstro Prima
2018Mencari QiblatSuami Mak TonTV3
2019–2020Pengantin Lelaki Untuk Cik GadisTok AbahAstro Ria
2020Sang PewarisPak SamadTV3
2020–2021Mummy OjaKhalidAwesome TV
2021ScammerTahirAstro Ria
2022Suamiku Lelaki PendosaTok AbahTV3
Bisik Bisik GeloraBapa Jad Izuddin
Wan SenjaHaji Madi
2023Sempurnakah Cinta Kita?Awesome TV

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
1991Serpihan GelombangTV3
1998Pa'eCikgu Shahrin
2000Villa Murni
2005Bila Tsunami MelandaTV1
2017Mat So'odAstro Citra
2018Syahadah TerakhirPak YusufTV3
2022Rumah Di Hujung JalanPak AtanTV1

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2001Anugerah Skrin 2001Aktor TerbaikVilla MurniTercalon
2006Anugerah Seri Angkasa 2006Pelakon Lelaki TV TerbaikBila Tsunami MelandaTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (5 Februari 2018). "12 tahun orang kata saya gila - Harun Hashim". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  2. ^ Mohammad
Al Faizal Abdul Karim (15 Oktober 2023). "Dihalau keluar rumah sebab mahu jadi pelakon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (27 Julai 2023). "Diuji tekanan mental, Harun pernah tinggal dalam kebun sehelai sepinggang". Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  4. ^ "Pelakon veteran M'sia Harun Hashim pernah 'larikan diri' ekoran isu mental". Berita Harian Singapura. 28 Julai 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (26 Julai 2023). "Harun bangga 'anak murid' raih Bintang Paling Popular". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2023.

Pautan luar

sunting