Ichthyostega

Ichthyostega mempunyai kaitan antara ikan dan amfibia sebenar. Itulah sebabnya, ia memiliki ciri akuatik dan amfibia. Mempunyai empat kaki, badan diliputi sisik dan ekor bersirip. Apabila keluar daripada air, ia bernafas melalui paru-paru yang disokong oleh tulang rusuk dan tulang belakangnya. Namun, ahli paleontologi percaya Ichthyostega hanya mampu bertahan di darat untuk seketika sahaja. Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam air.

Ichthyostega
Tengkorak kepala Ichthyostega di sebuah muzium geologi di Copenhagen, Denmark.

Nama saintifik  : Ichthyostega

Saiz  : Kira-kira 1 m ( panjang )

Makanan  : Ikan

Habitat  : Air dan darat

Penemuan  : Eropah

Zaman kehidupan  : Akhir Zaman Devonian

Perbezaan antara Ichthyostega dan Haiwan Amfibia moden

sunting
PerbezaanIchthyostegaHaiwan Amfibia moden
KulitDiliputi sisik kecilTerdedah dan licin, malah sebagai organ pernafasan
KakiJari kaki depan tidak diketahui, 7 jari di belakang4 jari kaki depan, 5 jari kaki belakang
TelingaStrukturnya lebih sesuai di dalam airMempunyai telinga tengah dan berfungsi dengan baik di dalam air

Rujukan

sunting