Iqram Dinzly

Pelakon lelaki Malaysia

Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin (lahir 29 September 1981)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Jelatang (2007) dan peranannya sebagai Karl dalam filem Evolusi KL Drift (2008). Beliau juga berbakat dalam bidang peragawan, pengacaraan dan pemain e-sukan.

Iqram Dinzly
Kelahiran
Mohammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin

(1981-09-29) 29 September 1981 (umur 42)
PendidikanJurusan Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2003–kini
Ketinggian172 cm (5 ka 8 in)
IbuLalitol Akmar binti Mohamed Shaffie
BapaMuhammad Saipuddin bin Dato' Seri Haji Ahmad Said

Kehidupan awal

sunting

Iqram dilahirkan pada 29 September 1981 di Ipoh, Perak; beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Muhammad Saipuddin Ahmad Said dan Lailatol Akmar Mohamed Shaffie.

Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya

sunting

Iqram memulakan kerjayanya dengan membuat kemunculan dalam sitkom Puteri lakonan Nora Danish yang bersiaran di TV3, beliau tidak menunggu lama untuk mengukuhkan nama dalam industri dengan memegang watak pembantu sebagau Amin dalam drama Dua Hati yang mana beliau bergandingan dengan Linda Rafar. Seterusnya, beliau memegang watak Darius dalam Dunia Baru, seorang pelagak yang akhirnya menjadi suami watak Madihah lakonan Anne Ngasri. Dalam kemunculan inilah beliau sering ditohmah ada hubungan dengan rakan seperjuangan Anding Indrawani yang dianggap berperwatakan gay boy yang sedikit sebanyak merencatkan potensi bakat baru beliauu.[2] Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana mereka berkawan baik.[perlu rujukan]

Beliau pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran Majalah CLEO pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram juga berbakat dalam bidang tarian. Beliau pernah bergiat aktif dalam satu pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sebagai "PESKA", yang merupakan salah satu persatuan yang teraktif di UiTM dalam memperjuangkan irama tradisional.

Selepas itu, beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan kemahiran dalam tarian yang mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Kerjaya filem Iqram bermula pada 2007 dengan membintangi filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, beliau kembali menjayakan watak Darius dalam filem Dunia Baru The Movie, kemudian diikuti oleh peranan pembantu sebagai Haiqal dalam Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul dan Farid Kamil.

Beliau kembali berlakon bersama Farid menerusi filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April 2014, Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Shinsaku Kagawa, ia kemudian diikuti oleh filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[3]

Beliau kini dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan susulan kematian bapanya dan sebelum diisytihar muflis.

Kehidupan peribadi

sunting

Iqram ialah seorang yang bujang dan belum berkahwin. Ini menjadikan beliau sebagai satu-satunya yang masih bujang di kalangan 4 adik-beradiknya.

Beliau juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Fouziah Gous, Soo Wincci dan Uqasha Senrose.[4][5]

Setelah membawa diri ke Langkawi, beliau sekali lagi terpalit kontroversi kononnya mempersendakan agama dengan berserban ke kelab malam. Iqram menjelaskan beliau hanya berfesyen semata-mata kerana di pulau peranginan terkemuka itu di kala siang agak panas dan bahang tetapi agak dingin dan sejuk di waktu malam.[6]

Bapanya, Mohammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 9 Oktober 2017 pada usia 71 tahun.[7]

Selepas kematian bapanya, Iqram mencetuskan kontroversi lagi dengan memuat naik video secara langsung beliau menari-nari di instagram tanpa sebarang motif. Netizen menggelarkannya "gila, depresi". Tetapi, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya Iqram berbuat begitu hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun publisiti murahan.[8]

Pada Februari 2018, Iqram mengalami kerugian hampir RM15,000 selepas kediamannya di Damansara dimasuki pencuri, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya. Malah laman Instagram beliau turut disekat dari capaian.[9]

Pada 15 Januari 2019, Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Perkara itu didedahkan oleh Iqram di laman Instagramnya. Beliau menerima notis tersebut daripada peguam LHDN di Mahkamah Majistret Ipoh pada tarikh sama, Iqram turut menjelaskan beliau berkemungkinan tidak akan kembali berlakon.[10][11][12]

Diskografi

sunting
Single
TahunTajuk laguPenyanyi
2022"Jari Neraka"Duet bersama Alfie Zumi & Tauke Jambu

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
2003Jutawan FakirFilem pertama, pelakon tambahan
20071957: Hati MalayaAhmad Badawi
2008Dunia Baru The MovieUmar Darius
Evolusi KL DriftKarl
2009Sifu & TonggaKetua Mat RempitPenampilan khas
20102 Hati, Satu JiwaNizam
2011RasukArman
2014Apokalips XRazor
Lagenda Budak Setan 3: KasyahShan
2024KorsakoffEzra
Zim Zim Ala KazimKikas / Bruha
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006Janji DianaIjoyTV2Drama pertama
Mentari JinggaDirinya sendiriAstro Ria
Dua HatiAminTV3
2007–2008Dunia BaruUmar Darius
2007Cinta MedikFikriTV9
Mat BurgerTV1
Izinku PergiKhairul
Cinta Bulan Dan Mentari
Bukan Yang PertamaHabib
AyahShafiq
GraduanAJ
JelatangHaiqalTV3
2008BellaZahar
EnigmaKhairul
2009KeliwonEpisod: "Puteri Lidah Hitam"
Rempit vs Impak MaksimaIjal
La Dolce AmiraBakri
Matahari
Puteri Aurora BeraduHakimi
2010Na O MeiArman
AsmaradanaFaris
Janji KekasihAkmal
Dunia Baru ReunionUmar DariusGua.com.my
AyoubAyoubTV3
2011Sakti DelimaPutera Nurfirdaus
Laila ManjaAzli
TerowongJoeEpisod: "Alam Lain"
Keimanan CintaAzmanTV9
Dewa CintakuIqbalTV3
Kasih AliaQabil
Vanila CoklatKamal
2012Tanah Kubur (Musim 3)HalimAstro OasisEpisod: "Rohnya Pulang"
JuliaSamTV3
Amukan PocongLan Becok
2013Janji ShirahFahmi
Surat Dari Langit BiruZamri
Rumah KedaiIzad
Alam Maya[13]AirilTV9
2013–2014Bukan Kerana Aku Tak CintaAryanAstro Mustika HD
2014Lara AmeenaFauzanTV1
2015Dendam SemalamFarizalTV3
Kalau Hati Ini Rama-RamaIskandarTV1
Memori Cinta SurayaRizalAstro Prima
Alaa Bib..MikailTV3
2016Cinta 11 SyaratSyahrieAstro Prima
Tanah Kubur (Musim 15)MalikAstro OasisEpisod: "Ghasb"
2000km ke Al-HaramDanielTV1
2017Joni TogoAstro PrimaEpisod: "Misteri Dusun Durian"
2021Diva PopularShazzyAwesome TV
Hati Yang DikhianatiAzranAstro Prima
2022Mem & Bibik BibikBibik BobyTV3
Jiwa WanitaTV9Episod: "Pendatang Dengan Izin"
Lockdown 2Astro Ria
Cinta Hilang KataAmirulAstro Prima

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
2004Zon 606RemVCD
2008Din Atau DinaAstro Ria
Anak EmakIskandarTV2
Demi MasaNazliTV3
Sebelum Sejadah Dibentang
2009Novelis BabysitterSadzli
2010Madu CintaTV1
Catatan KelmarinRashdan
2011Memoir Seorang LelakiHijjasTV3
Aku Untuk Siapa
2012Jodoh KitaZainalTV1
Calon SuamikuAzmiAstro Prima
2013Derhaka NerakaMazri
2014Bila Biniku GongxiTV3
SandiwaraAiman
Jangan Ambil Nyawa AkuMaliqueHyppTV
2015Meniti Cinta StarimostImanAstro Ria
Lima Kali CintaRizuanTV3
2016Pergilah Air Mata RamadhanAzmanTV9
Cinta 11 Syarat RayaSyahrieAstro Prima
Sepatu Tinggi MedinaIndraUnifi TV
2017Miss UstazahTV1
Dengan Lafaz BismillahJohariTV2
ParutAffendi
ManjaAzlanTV1
2018Wanita Di Hujung KualaAdam
2019Titi KayuAliTV3

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TV
2009Gegar U (Musim ke-2)Dirinya sendiri/pengacaraAstro Ria
Chopp!TV9
2012Jalan-Jalan Cari MakanTV3
2013Betul ke Bohong? (Musim 4)Artis jemputanAstro Warna
2014Betul ke Bohong? (Musim 5)Astro Warna
TahunTajuk
2005Petronas Hari Raya 2005
2006Mr. Potato (Gila Kentang)
2007Hotlink

Videografi

sunting

Video Klip

sunting
TahunTajukPenyanyi
2006"Kian"Mawi

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2006Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran majalah CleoTiadaMenang

Rujukan

sunting
  1. ^ Iqram Dinzly: Biodata dan Profil[pautan mati kekal], Retrieved on 6 September 2011.
  2. ^ "Saya bukan gay" Diarkibkan 2018-02-04 di Wayback Machine Utusan Malaysia (1 Mei 2013). Diperoleh pada 2 Mei 2013.
  3. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-19. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  4. ^ Zaidi Mohamad (14 Ogos 2015). Siapa Uqasha Senrose di hati Iqram Dinzly Berita Harian. Dicapai pada 17 April 2016.
  5. ^ Zaidi Mohamad (14 Ogos 2015). Iqram Dinzly tak tumpang populariti teman intim Berita Harian. Dicapai pada 17 April 2016.
  6. ^ Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban Diarkibkan 2018-02-04 di Wayback Machine My Newshub. Dicapai pada 17 April 2018.
  7. ^ Iqram Dinzly reda pemergian bapa Harian Metro (10 Oktober 2017). Dicapai pada 17 April 2018.
  8. ^ SERAM ! Tengok iqram Dinzly menari ulik mayang dHarian. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  9. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (23 Februari 2018). "IG disekat, rumah dimasuki pencuri - Iqram Dinzly". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Januari 2019). "Iqram Dinzly diisytihar muflis". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  11. ^ Feride Hikmet Atak (15 Januari 2019). "Diisytihar muflis: Silap saya sebab tak peka". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  12. ^ Dennis Chua (15 Januari 2019). "#Showbiz: Iqram Dinzly declared bankrupt". New Straits Times. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  13. ^ "myMetro : Konflik Hidup Maya". Harian Metro. 4 September 2013.

Pautan luar

sunting