Jeneral TUDM

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
KoperalLaskar KananKoperal Udara
Lans KoperalLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
PrebetLaskar Kelas IILaskar Udara I
PrebetLaskar MudaLaskar Udara II
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda

Jeneral TUDM ialah pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM) yang setaraf empat bintang. Ia setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain iaitu Jeneral dan Laksamana. Ia mula digunakan pada tahun 2000 apabila Panglima Tentera Udara, Dato' Seri Ahmad Saruji bin Che Ros dinaikkan pangkat menjadi orang pertama memegang pangkat tersebut. Seseorang Jeneral TUDM juga setaraf dengan Air Chief Marshal dalam Tentera Udara Diraja British dan pasukan udara negara-negara Komanwel lain.

Insignia pangkat

sunting

Ketika mula diperkenalkan, insignia yang digunakan menyamai sistem yang terdapat pada kebanyakan negara Komanwel iaitu merangkumi jalur-jalur, tebal dan sederhana. Sistem ini diikuti oleh dua orang Panglima Tentera Udara berikutnya dan hanya ditukar pada 2005 ketika era Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed. Insignia yang digunakan kini seragam dengan insignia yang digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia, merangkumi susunan empat bintang beserta mahkota dan kalungan padi.

Jeneral TUDM Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini
Insignia Alternatif
🔥 Top keywords: