Aziz Mirzan "Jit" Murad (17 Januari 1960 – 12 Februari 2022) ialah seorang pelakon, penulis, pengarang lakon dan aktivis teater Malaysia yang kebanyakannya bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater.[1][2] Beliau ialah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Murad Mohamed Noor.

Jit Murad
Kelahiran
Aziz Mirzan bin Murad

(1960-01-17)17 Januari 1960
Meninggal dunia12 Februari 2022(2022-02-12) (umur 62)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PendidikanSosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah
PekerjaanPelakon, penulis, pengarang lakon, aktivis teater
Tahun aktif1987–2022
Ibu bapaMurad Mohamed Noor (bapa)
Azizah Aiyub Ghazali (ibu)
Saudara

Kerjaya

sunting

Jit kembali ke Malaysia dan pada Disember 1989, beliau mengasaskan Instant Cafe Theatre Company yang mendapat pengikut kerana sindiran sosial dan politiknya yang menggigit. Drama pertamanya, Gold Rain and Hailstones (1992) dipentaskan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Pada tahun 1993, Jit membantu memulakan Dramalab, cabang ICT yang khusus didedikasikan untuk menggalakkan penulisan baharu. Karya terkenal beliau termasuk Storyteller (1996), berdasarkan tradisi sastera lisan serantau Asia Tenggara, Visits (2002), versi komedi 1990-an yang diolah semula, dan Spilt Gravy On Rice (2002), yang memenangi empat anugerah di Anugerah Seni BOH Cameronian yang julung kali diadakan pada 2003.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[3]

Kematian

sunting

Beliau ditemui meninggal dunia di kediamannya ketika berusia 62 tahun akibat serangan jantung.[4][5][6] Jenazahnya selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur.[7]

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1990Mat GelapEddie AssahuludinFilem pertama
1992SelubungHalim
1995Beyond RangoonSein HtooFilem Amerika Syarikat
1999Perempuan Melayu Terakhir
2000Mimpi MoonPenyanyi
2007Waris Jari Hantu
1957: Hati MalayaMohamed Khir Johari
2009TalentimeIsmail
2022Spilt Gravy on RiceKapten "Malaikat"Filem terakhir

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1995Dunia Rees dan InaTV3Telefilem pertama
2003NeonPengguna Tandas Awam IIVCDPenampilan khas

Teater

sunting
TahunTajuk
1987Caught in The Middle
1993Gold Rain & Hailstones[8][9]
1996The Storyteller
2003Jit Hits The Fan
2007Full of Jit[10]
2009One Load of Bull Jit[11]

Televisyen

sunting
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1998Masturantv7Drama pertama
2004Ah-haWatak berulangTV3
2006–2007Gol & Gincu The SeriesMarwan8TV

Bibliografi

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
1990Anugerah Seri Angkasa 1989/1990Pelakon Harapan (Televisyen)Dirinya sendiriTercalon
1992Festival Filem Malaysia ke-10Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Wahti Mahidin (2 April 2006). "(Jit Murad, - actor, playwright,...)". Sunday Mail. Dicapai pada 6 April 2020.
  2. ^ Tan Hee Hui (22 November 2005). "Laugh with Jit Murad". The Malay Mail. Dicapai pada 6 April 2020.
  3. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. ^ Zaid Mohamad (14 Februari 2022). "Arwah Jit meninggal dunia akibat serangan jantung". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2022.
  5. ^ Daryl Goh (12 Februari 2022). "Jit Murad, celebrated Malaysian theatre stalwart, dies age 62". The Star Online. Dicapai pada 12 Februari 2022.
  6. ^ MAGANATHAN, DINESH KUMAR. "Theatre mainstay Jit Murad died of cardiac arrest, says family statement". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2022.
  7. ^ "Jenazah Jit Murad selamat disemadikan". BERNAMA. 14 Februari 2022. Dicapai pada 15 Februari 2022.
  8. ^ Mae Chan (7 Mac 2019). Jit Murad’s lauded play ‘Gold Rain & Hailstones’ makes a comeback to the local stage Options The Edge. Retrieved 27 November 2019.
  9. ^ Melanie Chalil (21 Februari 2019). Jit Murad on writing ‘Gold Rain and Hailstones’, as critically-acclaimed play returns with new cast The Malay Mail. Retrieved 27 November 2019.
  10. ^ The story of Jit as he tells it The Star (Malaysia) (11 April 2007). Retrieved 27 November 2012.
  11. ^ Dennis Chua (21 November 2009). "Jit Murad gets nostalgic". New Straits Times. Dicapai pada 6 April 2020.

Pautan luar

sunting