15 Jun
tarikh
(Dilencongkan dari Jun 15)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
15 Jun merupakan hari ke-166 (hari ke-167 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 199 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bendera di Denmark.
Peristiwa
sunting- 1215 - Raja John dari England (gambar) memeterai Magna Carta secara terpaksa.
- 1389 - Dalam Pertempuran Kosovo, Turki menewaskan orang-orang Serbia dan Bosnia.
- 1667 - Jean-Baptiste Denys melakukan pemindahan darah berdokumen penuh pertama, memberikan darah seekor biri-biri kepada seorang budak lelaki.
- 1752 - Benjamin Franklin menjalankan uji kaji untuk membuktikan bahawa kilat ialah tenaga elektrik dengan menerbangkan layang-layang dalam ribut petir.
- 1896 - Gempa bumi 7.2 Ms dan tsunami yang menyusul melanda Jepun, memusnahkan sekitar 9,000 rumah dan menyebabkan lebih 22,000 kematian.
- 1904 - Kapal stim PS General Slocum terbakar di Sungai East, New York, menyebabkan lebih 1,000 orang maut.
- 1944 - Perang Dunia Kedua - Pertempuran Saipan: Pihak Amerika Syarikat mula menjajah Saipan yang dikuasai Jepun.
- 1954 - Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) diasaskan di Basel, Switzerland.
- 1977 - Pilihan raya umum di Sepanyol dilangsungkan buat pertama kalinya sejak kematian Francisco Franco.
- 1978 - Raja Hussein dari Jordan mengahwini rakyat Amerika Lisa Halaby, yang kemudian bergelar Ratu Noor.
- 1996 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) meletupkan sebutir bom di pusat bandar Manchester, England, mencederakan lebih 200 orang dan menyebabkan kerosakan meluas.
- 2001 - Republik Rakyat China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan membentuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
- 2007 - Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- 2010 - Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
- 2012 - NASA mengumumkan yang Voyager 1 (gambar) telah tiba di pinggir heliosfera, sempadan Sistem Suria.
Kelahiran
sunting- 1892 - Raja Ahmad Raja Endut, seorang Menteri Besar Perlis pertama
- 1953 - Xi Jinping, jurutera dan ahli politik China, serta juga Presiden negara tersebut
- 1969 - Oliver Kahn, pemain bola sepak serta pengacara dari Jerman
Kematian
sunting- 1389 – Murad I, Sultan Empayar Uthmaniyah (lahir 1319)
- 1849 - James K. Polk, Presiden Amerika Syarikat ke-11
- 1996 - Ella Fitzgerald, penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat (lahir 1917)
🔥 Top keywords: Laman UtamaNuh & Nayla (drama)Nuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluKhas:CariThe Hardest Singing ShowJazmy JumaScha ElinneaBunga SaljuSenarai peribahasa (A–M)Awal MuharamEzzanie JasnyKhas:Perubahan terkiniSharifah AiniMatrikulasi di MalaysiaSenarai penerima darjah kebesaran negeri Kedah 2024Darjah kebesaran negeri KedahCinta Untuk Sekali LagiUEFA Euro 2024Anwar IbrahimDua Darjat (drama)Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unPerang Dunia KeduaMohd Sukki OthmanNabi Muhammad SAWAzahari HusinOne Cent ThiefDosa PerempuanSheriff: Narko IntegritiDaerah BalingPuteri KhareezaHarissa AdlynnKesultanan Melayu MelakaKiblat Ke SyurgaSejarah orang Yahudi di MalaysiaMalaysiaPerlembagaan MalaysiaYang di-Pertuan AgongPasukan bola sepak kebangsaan Perancis