Kaktus (Jawi: ككتوس) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada keluarga Cacta­ceae terdiri daripada kira-kira 127 genus dengan 1750 spesies dalam order Caryophyllales.[3] Keluarga kaktus berasal dari benua Amerika, meluas dari Patagonia di selatan sampai bahagian barat Kanada di utara kecuali spesies Rhipsalis baccifera yang juga tumbuh di Afrika dan Sri Lanka.

Kaktus
Kaktus spesies Ferocactus pilosus
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Cactaceae

Subfamili

Lihat juga klasifikasi Cactaceae

Sinonim[2]
  • Opuntiaceae Desv.
  • Leuchtenbergiaceae Salm-Dyck ex Pfeiff.

Kaktus telah berevolusi hidup di kawasan panas dan kering seperti gurun dengan pelbagai rupa bentuk dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Hampir semua spesies tumbuhan ini berbatang hijau, tebal dan berisi atau sukulen untuk menyimpan air. Batang kaktus menjadi besar untuk melakukan proses fotosintesis. Kaktus juga tidak ada daun sebenar tetapi berduri untuk melindungi diri daripada herbivor serta membantu mengelakkan terbuangnya air dengan mengurangkan pengaliran udara dekat denga kaktus.

Etimologi

sunting

Perkataan ini datang melalui kata bahasa Latin cactus daripada kata bahasa Yunani Purba κάκτος (káktos), nama yang asalnya digunakan Theophrastus untuk sejenis tumbuhan berduri yang tidak dapat dikenal pasti.[4]

Morfologi

sunting

Terdapat pelbagai jenis kaktus di dunia. Namun begitu mereka berkongsi ciri-ciri yang sama atau hampir sama seperti berduri, batang berair, hidup di kawasan berpasir dan kering dan menerima seratus peratus pancaran cahaya matahari.

Kaktus telah mengubahsuai daun mereka menjadi bentuk duri bagi mengurangkan proses transpirasi.

Gambar bunga kaktus yang diambil dari dekat (Echinopsis spachiana) menunjukkan bilangan stamen yang banyak.

Bunga kaktus jarang dilihat di Malaysia kerana faktor cuaca.

Pelbagai spesies kaktus

sunting

Senarai spesis kaktus berdasarkan nama saintifik

Nama saintifikAsalPenerangan ringkas
Aporocactus flagelliformis (nama biasa: rat's tail cactus)
Amerika utarasila isi jika tahu
Astrophytum capricorneGoat's horn cactus, kaktus tanduk kambingsila isi jika tahu
Chamaecereus silvestriiPeanut cactus, kaktus kacangsila isi jika tahu

Rujukan

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.