Kamarul Bahrin Abbas

Dato' Kamarul Baharin Abbas adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Telok Kemang (kini Port Dickson) selama 2 penggal (2008-2018). Di peringkat parti, beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

Dato'

Kamarul Baharin Abbas

DSSA
Anggota Parlimen
untuk Telok Kemang kini dikenali sebagai Port Dickson
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – Mei 2018
Didahului oleh S. Sothinathan
Digantikan oleh Danyal Balagopal Abdullah
Majoriti1,579 (PRU-13)
2,804 (PRU-12)
Pengerusi PKR Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2007–2014
Digantikan olehAminuddin Harun
Butiran peribadi
Lahir12 Jun 1947 (77 tahun)
Ampangan, Negeri Sembilan
Parti politik PKR
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Korporat

Sektor korporat

sunting

Kamarul Bahrin memulakan kariernya sebagai eksekutif pemasaran di syarikat Nestle dan pernah menjadi pengerusi eksekutif syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd pada 1987.

Lembaga pengarah Kumpulan Perangsang

sunting

Pada 16 Jun 2010, Kamarul Baharin dilantik memegang jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), sebuah syarikat infrastruktur dalam Kumpulan Darul Ehsan Bhd. Turut dilantik ialah naib presiden PKR, R Sivarasa. Pelantikan itu disahkan oleh Bursa Malaysia.[1]

Keputusan Pilihan Raya

sunting

Parlimen

sunting
TahunDUNCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2013Telok KemangKamarul Baharin AbbasPKR29,848VS MoganBN (MIC)28,2691,579
AK KumarevalBEBAS394
2008Kamarul Baharin AbbasPKR23,348S. SothinathanBN (MIC)20,5442,804
Mohd Rashid ArsadBEBAS601

Dewan Negeri Selangor

sunting
TahunDUNCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2004Batu CavesKamarul Baharin AbbasPKR7,581Jagarasah VerasamyBN (MIC)9,3621,781

Rujukan

sunting