Kifarah Mistik
Kifarah Mistik merupakan siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif. Siri ini memaparkan himpunan kisah-kisah mistik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia, jalan ceritanya tidak bersambung-sambung sebaliknya setiap episod mempunyai kisah yang berlainan. Ia bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 16 Oktober 2015 sehingga 8 Januari 2016 menggantikan Wadi.[1]
Kifarah Mistik | |
---|---|
Genre | Drama, misteri |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Heykal Hanifah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 38–39 minit |
Syarikat penerbitan | Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 16 Oktober 2015 – 8 Januari 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Wadi |
Diikuti oleh | Cinta Teruna Kimchi |
Penerbitan
suntingKepercayaan masyarakat seperti mandi bunga untuk membuang sial, mewarisi saka, hantu-hantu akan berkeliaran pada malam Jumaat merupakan kisah-kisah mistik yang sering diceritakan. Namun, perkara-perkara khurafat ini yang terpesong dari ajaran agama boleh mendatangkan mudarat jika masyarakat mempercayainya secara melulu. Kifarah Mistik menghimpunkan kisah-kisah mistik yang berlaku dalam masyarakat Melayu Malaysia dalam setiap episod untuk dijadikan pedoman dan iktibar.[2][3]
Episod
suntingLihat juga
sunting- Kifarah (2014)
Rujukan
sunting- ^ Drama Kifarah Mistik mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.
- ^ Budiey (26 Oktober 2015). Himpunan kisah-kisah mistik dalam Kifarah Mistik Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
- ^ Kifarah Mistik selit pengajaran Perak Today (30 Oktober 2015). Dicapai pada 30 Oktober 2015.