Kuching City F.C.

(Dilencongkan dari Kuching FA)

Kuching City Football Club atau Kuching City FC adalah persatuan bolasepak profesional yang bertempat di Kuching, Sarawak. Pasukan ini beraksi dalam Liga Super Malaysia.

Kuching City FC
Nama penuhKuching City Football Club
GelaranIl Gatto (The Cats)
Nama pendekKCFC
Diasaskan2015; 9 tahun yang lalu (2015) sbg Kuching FA
2020; 4 tahun yang lalu (2020) sbg Kuching City FC
StadiumStadium Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak
(Kapasiti: 30000)
PemilikMalaysia Fazzrudin Abdul Rahman
Malaysia Kamaludin Akil
JurulatihSingapura Aidil Sharin Sahak
LigaLiga Super Malaysia
2022Ke-3, Liga Premier Malaysia
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Sejarah

sunting

Pada tahun 2015, Liga Bola Sepak Rakyat diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Tujuan liga ini adalah demi membuat perubahan liga tahap rendah di Malaysia dengan mempromosikan bola sepak amatur di semua daerah dan negeri di seluruh Malaysia. Oleh itu, Kuching F.A. ditubuhkan di sampingnya untuk mewakili daerah Kuching di Sarawak.

Pasukan ini menyertai Liga Bolasepak Rakyat iaitu liga yang dianjurkan oleh Liga Bolasepak Rakyat Limited Liability Partnership (LBR-LLP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melibatkan pasukan setiap daerah di seluruh Malaysia. Pasukan ini mewakili Kuching, serta menjadi Juara LBR edisi pertama pada tahun 2016.[1]. Pasukan ini memenangi edisi sulung dengan mengalahkan Padang Besar 3-1 di Stadium Selayang. Dengan kejuaraan ini, Kuching FA mendapat promosi automatik ke Liga FAM Malaysia 2017.

Pada musim pertama mereka di Liga FAM 2017, Kuching FA meraih tempat ke-4 dalam Kumpulan B, melayakkan pasukan ke play-off. Mereka tersingkir di peringkat suku akhir dengan UKM FC, yang kemudian mendapat promosi ke Liga Premier Malaysia 2018 sebagai finalis play-off. Musim kedua Kuching FA di Liga FAM 2018, menyaksikan mereka berada di tempat ke-4 dalam Kumpulan A, sama seperti musim sebelumnya. Malangnya, perubahan dalam kelayakan play-off menyaksikan mereka ketinggalan di peringkat kalah mati kerana hanya dua pasukan teratas dari setiap kumpulan yang dipilih. Kuching FA layak bermain di Liga FAM 2019, tetapi juga diundang oleh Persatuan bola sepak Malaysia untuk bermain di Liga Premier Malaysia 2019, ketika sejumlah pasukan menarik diri dari liga. Untuk musim 2020, pasukan ini beraksi di Liga Premier Malaysia. Pada pertengahan musim 2020, Kuching FA berubah nama menjadi Kuching City FC oleh Kuching City FC Sdn. Bhd.

Stadium

sunting

Penajaan

sunting
MusimPengeluar KitPenaja Jersi
2017-2023StarsportLSC & Kuching City of Unity
LSC, Yakult & Kuching City of Unity
Serba Dinamik, LSC & Yakult

Organisasi Pasukan

sunting
Team Management
RolePerson
Presiden
Pengarah Teknikal Wan Jamak Wan Hassan
Pengurus Kamaludin Akil
Penolong Pengurus Ismail Hamdin
Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak
Penolong Ketua Jurulatih Firdaus Morshidi

Zulkarnien Poasa

Jurulatih Penjaga Gol Mohd Azley Abdullah
Jurulatih Kecergasan Edward Jamid Unting
Doktor Pasukan Abang Mohd Nurfarhan Abang Samatan

Muhamad Karbela Reza Ramlan

Fisioterapi Mohd Khairul Nizam Suhaimi

Ferdinand Lisa Satu

Pentadbir Zaiwi Mazdiani Bolhi
Pegawai Keselamatan Pasukan Mohamad Nizam Bujang
Pegawai Media Mohd Darul Imran Mohd Azmi
Kitman Mohamad Hisyam Adenan

Azarul Nazriq Bolhi

Jurulatih

sunting
TahunJurulatih
2015—2016 Shahrizan Sahari
2016—2017 Khairol Jamel
2017—2018 Lucas Kallang Laeng
2018—2019 Shahrizan Sahari
2019—2020 Ideris Untong
2020—2023 Irfan Bakti
2023– Aidil Sharin Sahak

Pemain

sunting

Skuad Utama

sunting
Sehingga 6 Januari 2023

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
1GK Julian Schwarzer
2DF Jimmy Raymond
5DF Célio Santos
6MF Sirojiddin Kuziev
7FW Abu Kamara
8MF Joseph Kalang Tie (captain)
9MF Adam Shreen
10MF Michael Ijezie
11MF Hidhir Idris
12DF Ramesh Lai
13DF Dzulazlan Ibrahim
14MF Amir Amri
15DF Izray Iffarul
16DF Che Mat Arif
17MF Rafiezan Razali
18MF Amirul Shafik
20GK Shaiful Wazizi
21GK Norazlan Razali
22MF Zahrul Nizwan
23DF Qayyum Marjoni
25MF Azriddin Rosli
28MF Wan Faiz Sulaiman
No.Pos. NegaraPemain
29DF Arham Khusshairi
30GK Andy Nicholas Nipen
31DF Badrul Affendy
32DF Mihailo Jovanović
33DF Aylton Alemão
37GK Wan Azraie
39DF Nazrul Abdul Samad
40DF Iskandar Shah
41DF Aiman Joanny
44MF Alif Hassan
50MF Diego Baggio
51FW Amirrul Iqmal
59FW Wan Badzreen
64DF Badrul Hisham
70FW Sudi Abdallah
77MF Yuki Tanigawa
89DF Mazwandi Zekeria
MF Bruno Dybal
MF Dechi Marcel N'Guessan
FW Pedro Henrique

Rekod Mengikut Musim

sunting

Setakat 1 November 2022.

      Juara       Naib-juara       ke-3

MusimDivisyenKedudukanPiala MalaysiaPiala FA MalaysiaPiala SumbangsihRantau AsiaPenjaring Terbanyak (Kesemua Kejohanan)
2015–16Liga Bolasepak RakyatJuaraTidak Layak
2017Liga FAM4 daripada 7 Kumpulan BDNQ
2018Liga FAM4 daripada 7 Kumpulan ADNQPusingan kedua Shafitri Salim (4)
2019Liga M3KeduaDNQPusingan kedua Joseph Kalang Tie (18)
2020Liga PremierKeempatTidak dianjurkanTidak dianjurkan Bryan Jones (4)
2021Liga PremierKelimaKetiga dari empat Kumpulan BTidak dianjurkan
2022Liga PremierKetigaSuku akhirSuku akhir Abu Kamara (12)
2023Liga SuperPusingan kedua

Pencapaian

sunting
Layak ke Play-off Promosi, Naib Juara Liga dan Pemenang Play-off Promosi: 2019
  • Liga Bolasepak Rakyat
Juara: 2015–16

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kuching FA juara sulung LBR 2016". 29 Mei 2016.

Pautan Luar

sunting