Laksamana Pertama

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
KoperalLaskar KananKoperal Udara
Lans KoperalLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
PrebetLaskar Kelas IILaskar Udara I
PrebetLaskar MudaLaskar Udara II
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda


Laksamana Pertama (singkatan Laksma) ialah Pegawai Berbendera yang paling muda di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Laksamana Pertama setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Brigedier Jeneral TUDM. Laksamana Pertama setaraf dengan Komodor atau Commodore dalam Tentera Laut Diraja British dan beberapa negara Komanwel lain. Komodor bagaimanapun berbeza dengan Laksamana Pertama kerana bukan Pegawai Berbendera dalam Tentera Laut British, Australia, India dan New Zealand. Sebaliknya, Komodor ialah Pegawai Kanan yang paling kanan (senior officer). Pada awalnya, TLDM juga menggunakan pangkat Komodor, tetapi pada tahun-tahun 80an ia ditukar kepada Laksamana Pertama. Laksamana Pertama juga setaraf dengan Rear Admiral Lower Half iaitu "Laksamana Muda Rendah" Tentera Laut Amerika dan Tentera Laut Singapura. Pangkat Laksamana Pertama juga terdapat dalam Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut.

Laksamana Pertama

Insignia

sunting
Pergelangan tangan Laksamana Pertama

Di kedua belah bahu, Laksamana Pertama memaparkan insignia satu bintang. Manakala di pergelangan baju, di samping baris lebar seperti terdapat pada semua Pegawai Berbendera, terdapat satu bulatan dengan ukurlilit sederhana di atasnya.


Lihat juga

sunting

Komodor

🔥 Top keywords: