Pyan Habib

Pelakon, penyair dan pemuisi Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Supyan bin Abdul Rahman)

Mohd Supyan bin Abdul Rahman (27 Mei 1958 – 4 Jun 2024) atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib merupakan seorang pelakon dan penyair Malaysia, berasal dari Taiping, Perak.

Pyan Habib
Kelahiran
Mohd Supyan bin Abdul Rahman

(1958-05-27)27 Mei 1958
Meninggal dunia4 Jun 2024(2024-06-04) (umur 66)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam AU4
PekerjaanPelakon, penyair
Tahun aktif1976–2024
PasanganZurina Zakaria (k. 1989–2024)
Anak-anak2

Biografi

sunting

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958 dengan nama Mohd Supyan bin Abdul Rahman. Katanya, pada 1973 beliau bercita-cita untuk menjadi seorang penyair dan penulis puisi. Ketika di usia 15 tahun, beliau gemar membaca akhbar Utusan Zaman bertulisan Jawi di kedai runcit di kampung.

Dengan melihat dan membaca puisi-puisi yang terpapar dalam ruangan cerpen dalam akhbar bertulisan Jawi itu mendorong beliau bercita-cita menjadi seorang penyair. Beliau mula menaip puisi dengan menggunakan mesin taip Olivetti milik A. Latiff Mohidin di kamar Latiff di Anak Alam pada tahun 1976, lalu disiarkan oleh Usman Awang dalam Dewan Sastera pada tahun 1980-an.[1] Dua buah kumpulan puisinya secara indie ialah 'Suara' dan 'Saraf Dukaku'. 'Balada Pyanhabib' ialah koleksi terlengkap kepenyairan beliau.

Pyan hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas. Kehilangan pendengarannya ini yang menyebabkan Pyan terlalu rindu terhadap suara. Puisi 'Suara' ialah mukadimahnya untuk meletakkan dirinya sebagai penyair yang menyuarakan sesuatu dengan caranya sendiri[2]. Bahasa Pyan dapat difahami dengan puisi 'Di Bawah Terik Siang Hari'. Puisi-puisi yang tertera dalam buku ini meliputi tahun 1975 hingga 2011. Namun, kekuatan sebenar Pyan adalah pada tahun 1975-1988. Puisi-puisi yang ditulis ketika di Anak Alam ialah puisi-puisi penuh luka dan bara.

Puisi yang membuka segala tabir kehidupan yang bernama Pyanhabib memaparkan terlalu banyak rahsia yang perlu diuraikan dalam puisi-puisi kecilnya yang bersuara besar. Pyanhabib ialah wajah lain daripada puluhan penyair besar tanah air. Beliau tidak diselidiki secara mendalam. Puisi Pyan yang diasingkan daripada dunia glamor seorang artis merupakan suara surealisme dalam lelehan sahabat dan mentornya Latif Mohidin. Sama ada ITBM atau Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah kumpulan puisi Pyanhabib yang tiada memperkatakannya sebagai seorang pelakon filem, harus disegerakan penerbitannya. Pyanhabib harus dilihat sebagai 'Chairil Anwar' yang membawa aliran tersendiri dalam puisi-puisinya. Memberi makna kepada puisi Pyan sama artinya memberi kehidupan ke dalam dunia puisi yang bermutu tinggi.[1]

Pada tahun 1986, beliau bersama-sama M. Nasir dan Nasir Jani menceburi bidang lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan. Namun, bakat lakonannya benar-benar dipuji apabila muncul dalam filem arahan Rahim Razali yang berjudul Tsu Feh Sofiah yang sarat membawa falsafah keagamaan. Di Festival Filem Malaysia ke-7, Pyan telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem itu dan kemudiannya memenangi anugerah tersebut. Namun, beliau telah menolak penganugerahan tersebut atas alasan beliau terkilan tidak dipertandingkan menerusi filem "Kembara Seniman Jalanan". Beliau menjadi satu-satunya pelakon Malaysia yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini[3]. Arshad Mahuri dipilih juga untuk menerima anugerah yang sama pada acara tersebut.

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1986Kembara Seniman JalananOsman TikusFilem pertama
Tsu Feh Sofiah
1987Rozana Cinta 87[4]Dirinya sendiri
1989Tak Kisahlah BebZahar
1990Mat Som
2013Rock Oo!Tauke Kedai
2014Apokalips XPenditaPenampilan khas
2015Usop Wilcha Meghonjang Makhluk MuziumPerak ManFilem terakhir
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022One Cent ThiefOsmanAstro RiaDrama pertama
2023Imam Instant Ustazah ScammerLelaki MisteriPenampilan khas, drama terakhir

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
1994Sekuntum Mawar Merah Sebuah PuisiPenyair undanganTV3
2015Lorong Kecil Ke SyurgaOsman TikusTV9

Videografi

sunting

Muzik video

sunting
TahunTajuk laguPenyanyiCatatan
2023"Malaysia Madani"BunkfacePenampilan khas

Anugerah dan pencalonan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b https://www.facebook.com/rakanITBM/posts/10203316241405024
  2. ^ "Pyanhabib tiada galang ganti - Rakan". Sinar Harian. 11 Februari 1982. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2024. Dicapai pada 5 Jun 2024.
  3. ^ "Pyan Habib tolak trofi: Ramai terkejut". Berita Harian. 21 Disember 1986. m/s. 8. Dicapai pada 5 Jun 2024.
  4. ^ "Dunia filem Melayu terus aktif walau hadapi bintik hitam". The Straits Times. 2 Februari 1987. m/s. 24. Dicapai pada 5 Jun 2024.

Pautan luar

sunting