Nadiya Nisaa

Pelakon wanita Malaysia

Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2]

Nadiya Nisaa
Kelahiran
Nadiyatul Nisaa binti Kamarudin

(1985-07-11) 11 Julai 1985 (umur 38)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Penyiaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2004–kini
PasanganSaiful Razman Mohd Kassim
Anak-anak2

Kehidupan awal

sunting

Nadiya Nisaa dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan. Nadiya mendalami dunia bidang lakonan sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Nadiya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Shah Alam.

Kerjaya

sunting

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.[3]

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul. Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[4] Beliau memegang watak sebagai Sofia Jane dalam filem cereka sains Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha lakonan bersama Bront Palarae.[5][6]

Nadiyah berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 dengan menjayakan watak undangan sebagai Uda. Beliau berlakon bersama kakak sulungnya, Min Luna dan adik bongsunya Aida.[7]

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Saiful Razman Mohd Kassim yang merupakan seorang pelukis terkenal dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki; Omar dan seorang ank perempuan; Aminah. Pada bulan Ramadan 2016, beliau mula bertudung.

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
2009KaraokeAnisahFilem pertama
2011Cun!Manis
2012Jiwa TaikoLara
2014Gila BabyJaja
Terbaik dari Langit[8]Sofia Jane
2015Romeo KotaAinPelakon undangan
Jejak WarriorsNadia
Love, SupermoonTriz
2016RedhaSasha
InterchangeSani
2018DukunAnak sulung Halimah
Orang ItuIsteri Din
Gol & Gincu Vol. 2UdaPenampilan khas
2019Bu, Kasih SuciAishah
2020Prebet SapuPenumpang Wanita 2Penampilan khas
2021Dekatnya CintaAin Hawani
Sa Balik BajuDahlia
2022SeratusPenampilan khas
2023Harum MalamDina
ImaginurIsma
La LunaYam
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010Blogger BoyMelissa8TVEpisod: "Main-Main Cinta"
2012Adam & HawaAin HawaniAstro Mustika HD
2013Cinta Jangan PergiElynaTV9
Rumah KedaiSherryTV3
2014-2015, 2017Oh My English!JojieAstro TVIQ
2016Aku Bukan BimboElsurayaAstro Ria
2019Suri KatrianaSaerahAstro Prima
2021Ayat-Ayat HalalUlya AyaniTV2
Penghulu InterimIzzahAwesome TV
HawaHajjah SaadahAstro Ria
2023Bukan Syurga PilihanTihani ZahiraAstro Prima
Jaga Aku SelamanyaMaya (Nur Maya Abdul Karim)TV3
Salam FamiliSiti HawaAstro Ceria
LiarDetektif Nissa SufianAstro Ria
2024SeOfisAini (Muhaini)Tonton
Bercakap Dengan JunAstro Ria

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
2009DonutJayAstro Ria
2011Ajaibnya CintaNilamTV3
2013XOXODahniaTV9
Destinasi Cinta SaraSaraAstro Ria
Pengancam PerkahwinanMaya
Cinta KamikazeTV9
Anugerah Dendam Yang TerindahIzatulAstro First Eksklusif
2014PanikIda
Oh My English!: Villa Isabellaaa!JojieAstro TVIQ
2015Engkau Laksana BulanTV1
Misi AdriaAdria
Aku, Dia dan Tong GasMelatiTV9
Kelap KelipAminahTVi
Cupcake MamaAstro Ria
2016Oh My Ganu! 2JojieAstro TVIQ
FatinTV3
Kari SanjanaLinda
Perangkap PerkahwinanMayaAstro Ria
2017Burung KertasTV2
Janji AllahWawaTV1
Nota SilamAstro Citra
Simpang JalanNadia
2018Hari Terakhir Seorang PengurusAstro Citra
Cikgu A+Cikgu ElizaTV1
Syawal Mencari CintaErrantv7
2019GengAnitaAstro First Eksklusif
2021Capa Rengat Gulai RawoTV1
Basikal KaratHawaTV3
2022Dim Sum Yu WenCikgu SyifaTV1
Doktor IdamanSarahTV3
Mak Adib PulangAwesome TV
Bunga Untuk MamaMelatiTV Okey
2023AyahAinunTV1
Demi MasaCikgu FatimahTV3
2024Langgar PantangElisAstro Ria
TahunIklanCatatan
2004Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tourbersama Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Sazzy Falak.
2021McDonald's: Syukur Bersyukurbersama anaknya Omar.
2022McDonald's: Kak Long Balik Muarbersama Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim sebagai Kak Long.
2022Julie's Biscuits: Ini Iklan Raya baru, tau?bersama Amerul Affendi

Televisyen

sunting
TahunTajukSaluran TVCatatan
2018ImpianaAstro PrimaAdaptasi dari majalah Impiana
2021Mini Me BakesNaura HDbersama anaknya Omar

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKarya tercalonKategoriKeputusan
2011Festival Filem Malaysia ke-24Cun!Pelakon Harapan Wanita TerbaikMenang
Anugerah Skrin 2011Cun!Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)Menang
2012Anugerah Skrin 2012Jiwa TaikoPelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)Tercalon
2013Festival Filem Malaysia ke-25Jiwa TaikoPelakon Wanita TerbaikTercalon
2014Anugerah Lawak Warna 2014Pengancam PerkahwinanPelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)Tercalon
2015Anugerah Lawak Warna 2015Gila BabyPelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)Menang
Festival Filem Malaysia ke-27Terbaik Dari LangitPelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
Anugerah Skrin 2015Gila BabyPelakon Wanita Terbaik (Filem)Tercalon
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015Terbaik Dari LangitPelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015Terbaik Dari LangitPelakon Pembantu Wanita TerbaikTercalon
2016Festival Filem Malaysia ke-28Love, SupermoonPelakon Wanita TerbaikTercalon
Anugerah Skrin 2016Love, SupermoonPelakon Wanita Terbaik (Filem)Tercalon
RedhaPelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016Love, SupermoonPelakon Wanita TerbaikMenang
RedhaPelakon Pembantu Wanita TerbaikTercalon
2021Festival Filem Malaysia ke-31Bu, Kasih SuciPelakon Wanita TerbaikTercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Dekatnya CintaCouple Filem PopularMenang

Rujukan

sunting
  1. ^ Percaturan Nadiya Nisaa Sinar Harian. Dicapai pada 22 November 2015.
  2. ^ Nadiya Nisaa Ada Strategi Kekal Populariti mStar Online (6 Januari 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
  3. ^ "Maxis - Siti Fantasia Tour Promo". YouTube. Dicapai pada 2017-02-06.
  4. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-03. Dicapai pada 15 Julai 2015. External link in |publisher= (bantuan)
  5. ^ Zaidi Mohamed (30 September 2014). Nadiya Nisaa pegang watak Sofia Jane Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2014.
  6. ^ Mustapha, Muzaffar (24 Disember 2014). "Terbaik Dari Langit cerita wayang kita dan kembara mencari Tuhan". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-19.
  7. ^ Tahir Alhamzah (30 Oktober 2018). #Showbiz: Nadiya Nisaa thrilled to star with siblings in movie New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2018.
  8. ^ Bront Palarae & Nadiya Nisaa utama kualiti kerja Sinar Harian. Dicapai pada 22 November 2015.

Pautan luar

sunting