Nafsu (drama web)

Nafsu ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail dan Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha dan Khayrisyah Kemal, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 27 Jun 2024 dengan dua episod baharu ditayangkan setiap Khamis.[1][2]

Nafsu
GenreSeram, aksi, misteri
Berdasarkan daripada
Idea asal oleh:
Ditulis oleh
  • Hadi M. Nor
  • Amar Amir
  • Amin Shakib
  • Zuli Ismail
  • Azhar Amirulhisyam
PengarahSein Qudsi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kala Tiba" oleh Marsha Milan Londoh
Lagu penutup"Kala Tiba" oleh Marsha Milan Londoh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
PenyuntingNik Johan
Lokasi
SinematografiIzzat Emir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Infinitus Productions
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Jun 2024 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis

sunting

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya ialah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan memgambil kesempatan, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.

Sam juga mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, namun dia menolak kepercayaan itu kerana baginya ia merupakan satu sumpahan. Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta bantuan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara ghaib, Sam cuba membantu Dina.

Kehilangan Alia hanyalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Bersama Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan kejadian di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Pelakon

sunting

Penerbitan

sunting

Nafsu diarahkan oleh Sein Qudsi yang sebelum ini mengarahkan Black dan Hilang untuk Viu Originals. Beliau turut berkhidmat sebagai penyunting cerita.[2]

Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Batu Caves di Selangor dan Janda Baik di Pahang selama 50 hari dari November sehingga Disember 2023.[2]

Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Aqasha selepas Devoted, juga yang kedua dibintangi oleh Kamal Adli selepas Black dan Azira Shafinaz selepas Ijab Kabut.

Keluaran

sunting

Nafsu memulakan tayangan perdana di Viu bermula 27 Jun 2024 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Catatan

sunting
  1. ^ a b c Untuk Infinitus Productions.
  2. ^ Untuk KL Post.
  3. ^ a b c Untuk Viu.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Drama Nafsu (Viu)". My Infotaip. 27 Jun 2024. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  2. ^ a b c "#SHOWBIZ: Reluctant hero fights deadly cult with sixth sense". NST Entertainment. New Straits Times. 27 Jun 2024. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  3. ^ Fadila Awaludin (27 Jun 2024). "[VIDEO] Alami masalah kesihatan, Azira Shafinaz simpan sendiri". Kosmo!. Dicapai pada 28 Jun 2024.

Pautan luar

sunting