Nas-T

pemuzik dan pelakon Malaysia

Nas Muammar Zar Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T (lahir 4 Oktober 1983) merupakan seorang pemuzik, DJ, pengacara, pelakon dan model Malaysia. Beliau mula aktif sejak 2001 menerusi kugiran Dragon Red serta aktif sebagai DJ di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur dan kemudian menceburi bidang lakonan menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2006.[1]

Nas-T
Kelahiran
Nas Muammar Zar bin Nasruddin

(1983-10-04) 4 Oktober 1983 (umur 40)
PekerjaanDJ, pelakon, model, pengacara
Tahun aktif2001–kini
PasanganAtita Haris (k. 2016)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreHip hop, EDM, elektropop
InstrumenCDJ, meja pusing
Tahun aktif2001–kini
Pengkarya berkait
Dragon Red

Pada tahun 2008, beliau meraih pengiktirafan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI dan meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak sama dalam filem KAMI The Movie.

Dalam bidang muzik, bakat Nas-T sebagai DJ mula dikesan oleh DJ Fuzz sejak dibangku sekolah lagi. Beliau kemudiaannya menyertai kumpulan Dragon Red sebagai pemain meja pusng yang mana kugiran ini berjaya meraih anugerah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Nas-T keluar dari Dragon Red pada 2008, selain itu, beliau juga muncul sebagai DJ tetap untuk rancangan bual bicara L8 Nite with Lo bersama Jason Lo.

Bakat Nas-T lebih bersinar dalam bidang lakonan apabila membintangi banyak drama TV popular seperti KAMI, Kamelia Katrina, Ghost, Blogger Boy dan Lagenda Budak Setan The Series. Beliau juga aktif dalam sukan bina badan dan pernah memasuki beberapa pertandingan bina badan dalam kategori “men’s physique”

Kehidupan peribadi

sunting

Nas-T telah sah menjadi suami kepada Atita Haris pada 29 Januari 2016 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, Selangor.[2][3]

Beliau dikurniakan dua anak termasuk seorang anak tiri dari perkahwinan terdahulu isterinya.[4] Anak sulungnya dari perkahwinannya dengan Atita, Nas Taliyah binti Nas Muammar Zar dilahirkan pada sambutan Maulidur Rasul dan anak keduanya Nur Halili binti Nas Muammar Zar dilahirkan pada 21hb December 2021 [5]

Filemografi

sunting
TahunTajukPerananCatatan
2006Goodbye BoysGlenFilem pertama
2007My Indie Rock DarlingNaz
2008KAMI The MovieAbu
2009Pisau CukurJohan
2012Jangan Pandang-PandangBen
NgoratAzoe
2013Tanda PuteraNajib Rahman
2022Air Force The Movie: Selagi BernyawaKapten Adib Mohd Hasyim / Rock
2024Legasi Wira MerahEddyPos-produksi
POWPos-produksi
2025Keluang ManBorhanPra-produksi
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2007KAMI - The SeriesAbu8TVDrama pertama
2008Ghost (Musim 1)Farouk
GodaKhairyEpisod: "Ai Pecah Tembelang"
2009Rempit vs Impak MaksimaTV3
Kamelia KatrinaAstro Ria
2009-2010Blogger BoyKid8TV
Kamelia KatrinaAstro Ria
2010WarisTV2
Lagenda Budak SetanAzmiAstro Prima
Sumpahan Pusaka
2011-20136 ProgresifKecohTV9
2011Kali KeduaReza
TerowongAminTV3Episod: "Cantik"
2012Miss OctopusHakim
2013What IfReza8TV
Tanah Kubur (Musim 7)AzlanAstro OasisEpisod: "Mati Jihad"
Plus OneRyoTV9
2014Cinta IlahiFaizalTV3
Jauh Dari CintaHadifAstro Prima
2016Cinta Roller CoasterIzzatTV3
2017Sedingin Cinta AntasyaUnifi TV
2023LiarLeftenan Eddie HassanAstro Ria
Kalis PeluruInspektor RahmatTV1Beliau memegang watak sebagai pegawai Pasukan Gerakan Am
Tanah Kubur (Musim 16)NasAstro OasisEpisod: "Darah Zina"

Telefilem

sunting
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2008Cerita AdamTV9
2011BulatAli
2014Homestay BerhantuZikryTV9
2015Ada Sejadah TerbentangAdam
2016Anak Imam Argentina

Televisyen

sunting
  • Latte with Jason Lo (2008-2009) - 8TV
  • Skuad Pasar Malam (2013)
  • Suka Lattew (2015)
  • Alif & Geng Lumba Balik Kampung (2016)
  • Meletop Kebabom (2015-2016)
  • Drop The Beat (2018)
  • Gempak Most Wanted Awards 2023 - sebagai penyampai anugerah (2024)
  • Celcom
  • KFC
  • Malaysia Cergas

Diskografi

sunting
Album bersama Dragon Red
  1. Holocaust (2006)

Anugerah dan pencapaian

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lelaki Bulan Ini: Nas-T". Eh!. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  2. ^ Kemalia Othman (4 Februari 2016). Nas-T & Atita Nikah Awal Selepas Foto Kursus Kahwin Tersebar. mStar Online.
  3. ^ Akui Nas-T lelaki pilihan Utusan Malaysia (15 April 2013). Dicapai pada 23 Mac 2014.
  4. ^ Zaidi Mohamad (2 Februari 2017). Hidup Nas T berubah 360 darjah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  5. ^ Zaidi Mohamad (13 Disember 2016). Nas T sambut Maulidur Rasul dengan kelahiran anak Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.

Pautan luar

sunting