Parti Bersama Malaysia

parti politik Malaysia

Parti Bersama Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian United Party, singkatan: Parti MU) ialah sebuah parti politik kecil di Malaysia[1] yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 dan bergiat hanya di Pulau Pinang.

Parti Bersama Malaysia
Malaysian United Party
SingkatanParti MU
PresidenTan Gin Theam
Setiausaha agungKee Lean Ee
PengasasTan Gin Theam
Disahkan2 Disember 2016
Ibu pejabatGeorgetown, Pulau Pinang
IdeologiDemokrasi liberal, Demokrasi sosial, Kuasa ketiga, Ketempatan
WarnaMerah, Putih

Penubuhan parti ini digagaskan pada 2015 oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang termasuk beberapa bekas pemimpin MCA dan Gerakan. Perhatian khusus parti ini adalah untuk bertindak sebagai kuasa ketiga dalam politik Malaysia dan mengambil peranan semak dan imbang kepada parti pemerintah dan pembangkang.[2]

Keanggotaan awal parti ini terdiri daripada anggota pertubuhan masyarakat dari kaum Cina yang diketuai oleh usahawan, Tan Gin Theam, dan dibantu oleh dua bekas ahli politik Barisan Nasional, David Yim dan Lim Boo Chang.[3]

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, Parti MU menghantar sekumpulan calon hanya di Pulau Pinang.

Penyertaan dalam pilihan raya

sunting

Parti ini bertanding di 20 kerusi negeri dan lima kerusi parlimen, semuanya di Pulau Pinang[4], dalam pilihan raya umum 2018 tetapi gagal dalam percubaan awal mereka ini dengan kesemua calon kehilangan deposit.[5]

Keputusan pilihan raya persekutuan

sunting
Pilihan rayaJumlah kerusi menangkerusi ditandingiJumlah undiPeratusan undiHasil pilihan rayaPemimpin pilihan raya
2018
0 / 222
62,1020.02% 0 kerusi; Tiada wakil di ParlimenTan Gin Theam

Keputusan pilihan raya negeri

sunting
Pilihan raya NegeriJumlah kerusi menangKerusi ditandingiJumlah undiPeratusan undiHasil pilihan rayaPemimpin pilihan raya
Penang 2018
0 / 40
202,3660.3% 0 kerusi; Tiada wakil di DUNTan Gin Theam

Sejarah penyertaan pilihan raya

sunting
TahunJenisNegeriKawasanNama CalonCatatan
2018Pilihan raya umum  Pulau PinangP43 BaganKoay Xing BoonHilang deposit
P48 Bukit BenderaTan Gim TheamHilang deposit
P50 JelutongTan Sim BeeHilang deposit
P51 Bukit GelugorLai Xue ChingHilang deposit
P52 Bayan BaruDavid Yim Boon LeongHilang deposit
2018Pilihan raya negeri  Pulau PinangN7 Sungai PuyuNeoh Bok KengHilang deposit
N8 Bagan JermalHari DevydraiHilang deposit
N9 Bagan DalamTeoh Uat LyeHilang deposit
N14 Machang BubokLim Jhun HouHilang deposit
N19 JawiKoay Xing BoonHilang deposit
N22 Tanjung BungahLee Zheng YongHilang deposit
N23 Air PutihTan Gim TheamHilang deposit
N24 Kebun BungaWu Kai MinHilang deposit
N25 Pulau TikusWee Kean WaiHilang deposit
N26 Padang KotaGoh Saik WeiHilang deposit
N27 Pengkalan KotaKoay Teng LyeHilang deposit
N28 KomtarOng Chun JietHilang deposit
N29 Datuk KeramatLim Boo ChangHilang deposit
N30 Sungai PinangTan Sim BeeHilang deposit
N31 Batu LancangKee Lean EeHilang deposit
N32 Seri DelimaTerrence Tan Yang YungHilang deposit
N33 Air ItamKang Teik WoiHilang deposit
N34 Paya TerubongKuan Aun WanHilang deposit
N35 Batu UbanTeoh Kok SiangHilang deposit
N36 Pantai JerejakDavid Yim Boon LeongHilang deposit

Kepimpinan parti

sunting

Senarai setakat 2018[6][7]:

  • Presiden
    • Tan Gin Theam
  • Timbalan Presiden
    • Dennis Koay Xing Boon
  • Naib Presiden:
    • David Yim Boon Leong
    • Lim Boo Chang
    • Soon Chee Beng
    • Lily Teoh
  • Setiausaha Agung
    • Kee Lean Ee
  • Bendahari Agung
    • Noor Shukri Hashim

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Parti Bersama Malaysia
  2. ^ Tan, Christopher (2017-07-31). "New party to stand united with all Malaysians". The Star. Malaysia. Dicapai pada 2018-06-05.
  3. ^ McIntyre, Ian; Lee, Edmund (2018-04-06). "MUP vows to bring back 'politics of service' to people". The Sun. Malaysia. Dicapai pada 2018-06-05.
  4. ^ "GE14: MUP throws hat in the ring in Penang" (PDF). BERNAMA. 22 April 2018. Dicapai pada 15 Mac 2022 – melalui Perdana.
  5. ^ "77 candidates in Penang lose their deposit". The Star. Malaysia. 2018-03-11. Dicapai pada 2018-06-05.
  6. ^ "New Party To Stand United With All Malaysians". Malaysia Today. Julai 31, 2017. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  7. ^ Shazwan Mustafa Kamal (19 Sep 2017). "Ahead of GE14, new party hopes 'local' touch will resonate with Penang voters". Malay Mail. Dicapai pada 15 Mac 2022.
🔥 Top keywords: