Penaga laut

Penaga laut atau bintangur laut (juga bintangor laut, nama botani: Calophyllum inophyllum)[4][5] ialah spesies pokok bintangur yang malar hijau dan besar, ia terdapat di kawasan tropika Asia dan Wallacea. Pokok ini tumbuh di kawasan berpasir dan berbatu, dan hutan tepi paya bakau.[6]

Penaga laut
Bintangur laut
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. inophyllum
Nama binomial
Calophyllum inophyllum
Sinonim[3]
Senarai
    • Balsamaria inophyllum Lour.
    • Calophyllum apetalum Blanco
    • Calophyllum bintagor Roxb.
    • Calophyllum blumei Wight
    • Calophyllum ovatifolium Noronha
    • Calophyllum wakamatsui Kaneh.

Botani

sunting

Pokok penaga laut berdahan rendah dan tumbuh perlahan dengan silara yang lebar dan tidak sekata. Pokok ini tumbuh mencapai ketinggian 8 hingga 30 meter, batangnya bengkang-bengkok atau mencondong ke laut. Kulit kayunya gelap dan merekah.[7] Akarnya biasa dan tidak banir. Seluruh bahagian pokok yang dikerat mengeluarkan getah putih susu atau kekuningan yang legap.

Helai daunnya ringkas berbentuk bujur dengan ukuran 8 hingga 20 sm panjang, berwarna hijau gelap dan berkilau dengan urat halus selari. Daun-daunnya disusun bertentangan.[6][8]

Pokok penaga laut mengambil masa banyak tahun sebelum mula berbunga. Ia boleh berbunga sepanjang tahun tetapi ada dua musim berbunga yang jelas pada April hingga Jun dan pada Oktober hingga Disember. Bunga-bunga ini kembang sebelum fajar dan terbuka sepenuhnya sehingga keesokan harinya.[8]

Kuntum-kuntum bunganya muncul dalam jambak tandan atau malai di ketiak daun 25 hingga 30 milimeter lebar; setiap jambak menghasilkan 5 hingga 30 kuntum bunga. Setiap kuntum bunga mempunyai 8 hingga 13 kelopak putih dan banyak sulur bunga kuning emas; Ia berbau wangi yang menarik banyak jenis serangga mendebungakannya.[6][8]

Buahnya jenis drup dan bulat dengan ukuran diameter 2 hingga 4 sm. Isinya mempunyai lapisan mampung sekeliling satu lapisan nipis dan keras, lapisan keras ini ada sebiji benih yang sedikit beracun. Lapisan luar buah berwarna hijau; ia berkedut apabila masak dan bertukar warna kuning atau perang kemerahan.

Buah ini disebarkan secara hanyut di laut dalam jangka masa yang panjang, tetapi buah ini juga dicatat boleh disebarkan kelawar yang memakan isi buahnya.[8]

Kegunaan

sunting

Kayu pokok ini dijadikan sumber balak orang Austronesia membina kapal-kapal mereka, orang Austronesia menyebarkan pokok ini ke pulau-pulau Oceania dan Madagaskar.[9]

Pokok ini juga ditanam sebagai tanaman hiasan.[2]

Ubatan

sunting

Air akarnya disapu pada mata bengkak. Biji buahnya ditumbuk sampai hancur dan disapu pada bisul. Bahagian jantan bunga dan kulit kayu pokoknya boleh merawat ibu yang bersalin.[6]

Minyak boleh diambil daripada buah kekerasnya sebagai ubat merawat luka dan lecur.[7]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
🔥 Top keywords: