Planet kerdil
Planet kerdil (Jawi: ڤلانيت کرديل ), sebagaimana yang dikelaskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, ialah jasad samawi yang mempunyai ciri-ciri berikut[1][2]:
- mengorbit Matahari,
- mempunyai jisim yang cukup besar sehingga gravitinya mampu mengatasi daya jasad tegar sehingga jasad itu mencapai bentuk hampir bulat (keseimbangan hidrostatik),
- belum mengosongkan kawasan orbitnya supaya tidak diduduki oleh jasad lain selain satelit-satelitnya sendiri,
- dan bukan satelit bagi planet lain.
Pengelasan ini diputuskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 24 Ogos 2006 berikutan pentakrifan semula maksud planet 2006. Justeru, Pluto, kerana tidak memenuhi syarat-syarat menjadi sebuah planet, secara rasminya "diturunkan pangkat" kepada status planet kerdil.
Setakat ini, terdapat lima anggota planet-planet kerdil yang dikenal pasti:
- Ceres - ditemui pada 1 Januari 1801, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
- Pluto - ditemui pada 18 Februari 1930, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 24 Ogos 2006.
- Eris – ditemui pada 5 Januari 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
- Makemake – ditemui pada 31 Mac 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 11 Julai 2008.
- Haumea – ditemui pada 28 Disember 2004 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.
Rujukan
sunting- ^ "IAU 2006 General Assembly: Result of the IAU Resolution votes". International Astronomical Union. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-03. Dicapai pada 2008-01-26.
- ^ "Dwarf Planets". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2008-01-22.
🔥 Top keywords: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan KrianLaman UtamaDua Darjat (drama)Khas:CariHanis Kamal BakarAniq DurarCinta Untuk Sekali LagiKhas:Perubahan terkiniBunga SaljuSenarai peribahasa (A–M)UEFA Euro 2024Azahari HusinTony EusoffBella HannaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unNabi Muhammad SAWGanjaKesultanan Melayu MelakaRedza RosliMalaysiaThe Hardest Singing ShowWillie SalimPerlembagaan MalaysiaErysha EmyraAzfar HeriSheriff: Narko IntegritiSharifah RoseNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaGelora (filem)Universiti Sains MalaysiaNora DanishAku Bukan UstazahSungai Bakap (kawasan negeri)Dedaun Hijau Di Angin LaluHamidin Mohd AminSiti NurhalizaSlot AkasiaAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia