Puteri Khareeza

Puteri Aszfaryna Khareeza Arif (lahir 17 April 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau meraih kejayaan selepas dinobatkan sebagai naib juara Idola Kecil musim ketiga pada 2010,[3] dan melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada 2022 sebagai runut bunyi drama Melur Untuk Firdaus. Sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi drama lakonannya seperti Kapten Boleh (2009), Mimpi Sabrina (2019), Alergi Mamat Romantik (2020), Hari Kita Jatuh Cinta (2021) dan Air Mata Allisya (2022).

Puteri Khareeza
Kelahiran
Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif

(1998-04-17) 17 April 1998 (umur 26)
PendidikanIjazah Jurusan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif
  • 2008–2011
  • 2019–kini
PasanganMohd Shukor Kamaruddin (k. 2024) [1]

Kerjaya

sunting

Puteri Khareeza mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia 7 tahun dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008. Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada Jun 2022 dan menjadi rakaman rasmi pertamanya sejak mula bergiat aktif dalam industri muzik. Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Venus yang mana beliau merupakan vokalisnya. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu "Sakitnya Hati" dan "Maafkan Aku".

Idola Kecil 3 (2010)

sunting

Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin.[4] Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris yang merangkul gelaran juara. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Idola Kecil 3:

KonsertTemaLaguPenyanyi asalKedudukan
Minggu 1Bebas"Tak Mungkin Kerna Sayang"AlyahTERSELAMAT
Minggu 2Pop & Balada"Sejujur Hatimu"Adibah NoorTERSELAMAT
Minggu 3Duet"Matahariku" (duet bersama Angel)Agnez MoTERSELAMAT
Minggu 4Indie Rock"Ekstravaganza"BunkfaceTERSELAMAT
Minggu 5Tribute Dato' Siti Nurhaliza"Dialah Di Hati"Dato' Siti NurhalizaTERSELAMAT
Minggu Separuh AkhirRoad to Final"Tic Tac Toe"EzlynnTERSELAMAT
Minggu AkhirGrand Finale"Kata Mama"Dirinya sendiriNAIB JUARA
"Mencari Konklusi"Hujan

Lagu Cinta Kita 3 (2021)

sunting

Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga.[5] Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau bersama Pasya dalam Lagu Cinta Kita 3:

KonsertLaguPenyanyi asalKedudukan
Minggu 1TIADA
Minggu 2"Dealova"Once MekelTERSELAMAT
Minggu 3"Melompat Lebih Tinggi"Sheila on 7TERSELAMAT
Minggu 4"Sumpah"Aina AbdulTERSELAMAT
Minggu 5"Dirgahayu"Siti Nurhaliza & Faizal TahirTERSELAMAT
Minggu 6"Kembali Merindu"SlamTERSELAMAT
Separuh Akhir"Relakan Jiwa"Hazama AzmiTERSELAMAT
AkhirPusingan 1: "Kejoraku Bersatu"
Pusingan 2: "Cinta Sejati Aku"
Search
Diri mereka sendiri
TEMPAT KETIGA

Big Stage 5 (2023)

sunting

Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

KonsertTemaLaguPenyanyi asalKedudukan
Minggu 1Menifesto"Duka Sebalik Tawa"Dirinya sendiriTERSELAMAT
Minggu 2Flex Your Beat"Ayang"Nabila MaharaniTERSELAMAT
Minggu 3Asmaraloka"Satu"Dewa 19TERSELAMAT
Minggu 4Hari Jiwa Galau"Saat Hilang Cintamu"Siti SarahTERSELAMAT
Minggu 5High School Crush"Never Say Never"Justin Bieber ft. JadenTERSELAMAT
Minggu 6Wow-Wa What's Next"Sangkar Cinta"Ziana ZainTERSELAMAT
Minggu 7Selebriti Memilih"Skyfall (dipilih oleh Ernie Zakri)"AdeleTERSELAMAT
Minggu 8 (Suku Akhir)Juri Pulak Memilih"Dokter Cinta"Dewi DewiTERSELAMAT
Minggu 9 (Separuh Akhir)BBNU Pun Nak Pilih Jugak"Bangun (duet bersama Sophia Liana)"Aman RATERSELAMAT
Minggu 10 (Akhir)Ultimatum & Battle Mashup"Pelukan Angkasa"Sekumpulan Orang Gila ft. Shila AmzahTEMPAT KEENAM
"Toxic & Titanium" (battle Aufahanie)Britney Spears & David Guetta ft. Sia

Kehidupan peribadi

sunting

Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Kapten BolehFatinAstro CeriaDrama pertama
2019Anugerah Cinta AisyahSalenaTV Okey
Diari Ramadhan Rafique ReunionZaraTV3
Mimpi SabrinaCat
2020Alergi Mamat RomantikTV OkeyAlergi Mamat Romantik Karya Ezza Maysara
2021Hari Kita Jatuh CintaAishahAwesome TVHari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar
2022Air Mata AllisyaMariaTV9Adaptasi Novel Air Mata Allisya Karya Ain Zanowi
Cinta Hilang KataFarahAstro PrimaDiadaptasi Dari Novel Cinta Hilang Kata Karya Lily Haslina Nasir
2022–2023Kerana Cinta Itu AdaDahlia RizwaniTV3
2023Kau? C.E.O Aku?HanimTV1
4 Musim CintaErinTV Okey
Segenap TakdirAzlinTV3
Melastik Ke Hatimu 2Syasya
Nak Dengar Cerita Hantu?AiraDEGUP
2024Wanita SyurgaLeanneTV3
Racun RihannaMarya (Flashback)
Nuh & NaylaFatimah

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Kampung Arena PanggangFaezahAstro WarnaTelefilem pertama
2023Hari-Hari Terakhir Seorang PendosaChe Dah (20an)TV3
2024Pelangi Yang HilangSara

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2010Idola Kecil (musim 3)PesertaTV9
2022Wanita Hari IniArtis jemputanTV3
2023Big Stage (musim 5)PesertaAstro Ria

Diskografi

sunting
TahunTajukCatatan
2022
"Duka Sebalik Tawa"
OST Melur Untuk Firdaus
2023
"Helah"
OST Haloba
"Murka Atau Cinta"
OST Anak Perjanjian Syaitan 2
2024
"Sebenar"
OST Khilaf Yang Tertulis

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Wanita PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Selepas 4 bulan kenal, Puteri Khareeza kahwini jejaka pilihan
  2. ^ "Gambar, profil dan biodata Puteri Naib Juara Idola Kecil 3". Buzzera. Disember 2010. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  3. ^ Dennis Chua (9 Januari 2023). "#Showbiz: This 'princess' rises slowly and steadily". New Straits Times. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  4. ^ Budiey (1 November 2010). "Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  5. ^ Arfah (21 Disember 2021). "Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir". XTRA. Dicapai pada 9 Jun 2022.

Pautan luar

sunting
🔥 Top keywords: