Radja Nainggolan

Radja Nainggolan (lahir 4 Mei 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Bhayangkara di Liga 1.

Radja Nainggolan
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-05-04) 4 Mei 1988 (umur 36)
Tempat lahirAntwerp, Belgium
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bhayangkara
Nombor10
Kerjaya remaja
2000–2005Germinal Beerschot
2005–2007Piacenza
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–2010Piacenza71(4)
2010Cagliari (pinjam)7(0)
2010–2014Cagliari131(7)
2014Roma (pinjam)17(2)
2014–2018Roma138(26)
2018–Inter Milan29(6)
2019–2020Cagliari (pinjam)21(5)
2021Cagliari (pinjam)22(1)
2021–2022Antwerp44(3)
2023SPAL10(1)
2023–Bhayangkara0(0)
Pasukan kebangsaan
2004Belgium B161(0)
2007Belgium B192(0)
2008–2009Belgium B202(0)
2007–2010Belgium B2113(1)
2009–2018Belgium30(6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:12, 7 Dec 2023 (UTC)

Kehidupan awal

sunting

Nainggolan telah dilahirkan di Antwerp dan merupakan anak kepada Lizy Bogaerts, orang Flemish Belgium dan Marianus Nainggolan, orang Batak. Marianus telah meninggalkannya ketika beliau masih kecil. Ibu Nainggolan telah meninggal pada 2010. Beliau merupakan penganut agama Katolik dan fasih berbahasa Belanda, Inggeris dan Itali serta dapat memahami serba sedikit bahasa Perancis.

Kerjaya kelab

sunting

Piacenza

sunting

Nainggolan tiba di Piacenza Calcio pada lewat 2005 semasa beliau berusia 17 tahun dari K.F.C. Germinal Beerschot. Beliau telah menghabiskan dua musim bersama kelab itu di Serie B. Secara keseluruhannya, Nainggolan telah bermain 38 perlawanan pada musim 2008-09 dan menjaringkan tiga gol.

Cagliari

sunting

Pada 27 Januari 2010, beliau dipinjam ke Cagliari Calcio di Serie A. Beliau membuat debut di Serie A pada 7 Februari pada perlawanan tewas 3-0 kepada Inter. Beliau bermain pada tujuh minit terakhir.

Pada 21 Jun 2010, Cagliari mendapatkan Nainggolan secara tetap. Pada awal Oktober 2013, selepas tiga musim beliau memperbaharui kontraknya sehingga 2016. Walau bagaimanapun pada 7 Januari tahun berikutnya, Nainggolan dipinjam ke kelab Roma sehingga penghujung musim 2013-14 dengan bayaran 3 juta euro.

Nainggolan membuat debut untuk kelab barunya pada 9 Januari 2014 pada perlawanan kemenangan 1-0 ke atas U.C. Sampdoria padad perlawanan Coppa Italia. Pada 22 Februari 2014, Nainggolan menjaringkan gol pertamanya untuk Roma menang 1-0 ke atas Bologna F.C. 1909. Beliau menjaringkan gol keduanya pada 19 April menentang ACF Fiorentina, 1-0. Keputusan itu membuatkan Roma layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pada 24 Jun 2014, Roma membeli Nainggolan dengan harga 9 juta euro.

Kerjaya antarabangsa

sunting

Nainggolan membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belgium pada 29 Mei 2009 pada perlawanan persahabatan menentang Chile pada Piala Kirin. Pada 5 Mac 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Belgium pada perlawanan persahabatan seri 2-2 menentang Côte d'Ivoire.

Statistik

sunting
Sehingga 7 Jun 2015
Belgium
TahunKmnclnGol
200910
201110
201210
201310
201442
201531
Jumlah113

Gol antarabangsa

sunting
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1.5 Mac 2014Brussels, Belgium  Côte d'Ivoire2–02–2Persahabatan
2.13 Oktober 2014Zenica, Bosnia dan Herzegovina  Bosnia dan Herzegovina1–11–1Kelayakan Euro 2016
3.7 Jun 2015Paris, Perancis  Perancis0–33–4Persahabatan

Pautan luar

sunting