Si Jantung Hati (drama)

Si Jantung Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Zainorhisyam Samudin. Drama ini dibintangi oleh Syarul Ezani & Siti Hariesa. Siri drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 7 Februari 2024 menggantikan Kau vs Aku 2.

Si Jantung Hati
Ditulis olehMike Mourinho
PengarahZainorhisyam Samudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanPejam - Khai Bahar ft. Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Februari 2024 – 7 Mac 2024
Kronologi
MengikutiKau vs Aku 2
Diikuti olehKhun-sa

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila jantungnya perlu digantikan segera atau dia akan mati.

Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan untuk melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.

Bagaimanapun, setelah bangun dari pembedahan, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam dalam badannya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?

Pelakon

sunting
  • Syarul Ezani sebagai Amir
  • Siti Hariesa sebagai Manis
  • Malis sebagai Cantik
  • Fikhree Bakar sebagai Razak
  • Dato' Jalaludin Hassan sebagai Zul
  • Jay Iswazir sebagai Sofi
  • Razin Qidran sebagai Muz
  • Ash Azhan sebagai Maya