Sneferu
Snefru, Seneferu, Snofru, Soris
Patung batu kapur Sneferu, Muzium Mesir
Patung batu kapur Sneferu, Muzium Mesir
Firaun Mesir
Pemerintahan24, 30 atau 48 tahun,  Dinasti Keempat
PendahuluHuni
PenggantiKhufu

Sneferu (Jawi: سنيفيرو; snfr-wj "Dia telah menyempurnakan aku", daripada Ḥr-nb-mꜣꜥt-snfr-wj "Horus, Raja Maat, telah menyempurnakan aku", juga disebut Snefru atau Snofru),[1] juga dikenali dengan nama Yunaninya Soris (Bahasa Yunani Koine: Σῶρις oleh Manetho), ialah firaun yang mengasaskan Dinasti Keempat Mesir semasa Kerajaan Lama. Anggaran tempoh pemerintahannya berbeza-beza, contohnya The Oxford History of Ancient Egypt mengatakan baginda memerintah dari sekitar 2613 hingga 2589 SM,[2] selama 24 tahun, manakala Rolf Krauss berpendapat selama 30 tahun,[3] dan Rainer Stadelmann 48 tahun.[4] Baginda telah membina sekurang-kurangnya tiga piramid yang bertahan sehingga hari ini dan telah memperkenalkan inovasi besar dalam reka bentuk dan pembinaan piramid.

  1. ^ Homs, George. "Snefru . Pharaoh of Egypt (± 2620-± 2547) » Stamboom Homs » Genealogie Online". Genealogie Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-05.
  2. ^ Jaromir Malek in The Oxford History of Ancient Egypt, p. 87
  3. ^ Krauss, Rolf (1996). "The length of Sneferu's reign and how long it took to build the 'Red Pyramid'". Journal of Egyptian Archaeology. 82: 43–50. doi:10.2307/3822113. JSTOR 3822113.
  4. ^ Rainer Stadelmann: Beiträge zur Geschichte des Alten Reiches: Die Länge der Regierung des Snofru.