Sofia Coppola

Pengarah filem dan penulis skrip Amerika Syarikat

Sofia Carmina Coppola (/ˈkpələ/ KOH-pə-lə; lahir 14 Mei 1971)[1] merupakan seorang pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem dan bekas pelakon wanita Amerika Syarikat.

Sofia Coppola
Coppola di Festival Filem Cannes 2014
Kelahiran
Sofia Carmina Coppola

(1971-05-14) 14 Mei 1971 (umur 53)
Nama lainDomino Coppola
Pekerjaan
  • Pengarah
  • penerbit
  • penulis skrip
  • pelakon
Tahun aktif1972–kini
Kampung asalRutherford, California, A.S.
Pasangan
Anak-anak2
Ibu bapa
Saudara

Beliau merupakan anak perempuan kepada pengarah, penerbit, dan penulis skrip, Francis Ford Coppola, dan menjadikan kemunculan sulungnya sebagai bayi dalam filem drama jenayah yang terkenal, The Godfather (1972) arahan bapanya. Beliau kemudian muncul dalam peranan pembantu Peggy Sue Got Married (1986) dan menjayakan watak Mary Corleone, anak perempuan Michael Corleone, dalam The Godfather: Part III (1990). Filem yang terakhir ini mendapat banyak penolakan dan kritikan kritikal, dengan berkesan menamatkan kerjaya lakonannya. Coppola kemudian mengalihkan perhatiannya ke pembikinan filem.

Beliau membuat kemunculan filem cereka sulung dengan drama The Virgin Suicides (1999), berdasarkan novel judul yang sama oleh Jeffery Eugenides. Ia merupakan kerjasama pertama dengan pelakon Kirsten Dunst. Pada tahun 2003, beliau menerima Anugerah Akademi untuk Skrip Asal Terbaik untuk drama komedi Lost in Translation dan menjadi wanita ketiga yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik. Pada tahun 2006, Coppola mengarahkan drama sejarah Marie Antoinette, yang dibintangi oleh Dunst sebagai ratu Perancis yang malang. Pada tahun 2010, dengan drama Somewhere, Coppola menjadi wanita Amerika pertama (dan pembikin filem Amerika keempat) untuk memenangi Singa Emas, hadiah utama di Festival Filem Venice.[2] Pada tahun 2013, beliau mengarahkan filem jenayah satira The Ring Bling, berdasarkan jenayah dengan nama yang sama.

Di Festival Filem Cannes 2017, Coppola menjadi wanita kedua (dan wanita Amerika pertama) dalam sejarah festival untuk memenangi anugerah Pengarah Terbaik, untuk filem drama The Beguiled.[3][4]

Filemografi

sunting

Pengarah

sunting
TahunTajukPengarahPenulis skripPenebritCatatan
1998Lick the StarYaYaYaFilem pendek
1999The Virgin SuicidesYaYa
2003Lost in TranslationYaYaYa
2006Marie AntoinetteYaYaYa
2010SomewhereYaYaYa
2013The Bling RingYaYaYa
2015A Very Murray ChristmasYaYaYa
2017The BeguiledYaYaYa

Muzik video

sunting
  • "Shine" oleh Walt Mink (1993)
  • "This Here Giraffe" oleh The Flaming Lips (1996)
  • "Elektrobank" oleh The Chemical Brothers (1997)
  • "Playground Love" oleh Air (2000)
  • "City Girl" oleh Kevin Shields (2003)
  • "I Just Don't Know What to Do with Myself" oleh The White Stripes (2003)
  • "Chloroform" oleh Phoenix (2013)

Pelakon

sunting
TahunFilemPerananPengarahCatatan
1972The GodfatherMichael Francis Rizzi (bayi)Francis Ford CoppolaTidak dikreditkan
1974The Godfather Part IIChild on ShipFrancis Ford CoppolaTidak dikreditkan
1983The OutsidersLittle GirlFrancis Ford CoppolaDikreditkan sebagai Domino
Rumble FishDonnaFrancis Ford CoppolaDikreditkan sebagai Domino
1984FrankenweenieAnne ChambersTim BurtonDikreditkan sebagai Domino
The Cotton ClubChild in StreetFrancis Ford CoppolaDikreditkan sebagai Domino
1986Peggy Sue Got MarriedNancy KelcherFrancis Ford Coppola
1986Faerie Tale Theatre: The Princess Who Had Never LaughedGwendolynMark CullinghamDikreditkan sebagai Domino
1987AnnaNoodleYurek Bogayevicz
1988Tucker: The Man and His Dream(tidak dikreditkan)Francis Ford Coppola
1990The Godfather Part IIIMary CorleoneFrancis Ford Coppola
1992Inside Monkey ZetterlandCindyJefery Levy
1999Star Wars: Episode I – The Phantom MenaceSachéGeorge Lucas
2001CQEnzo's MistressRoman Coppola

Muzik video

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Beberapa sumber memberikan 12 Mei mengikut "Sofia Coppola Biography (1971-)". FilmReference.com. Dicapai pada March 19, 2014.
  2. ^ Silverstein, Melissa. "Sofia Coppola Wins Top Prize at Venice Film Festival". Women and Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-15. Dicapai pada September 12, 2010.
  3. ^ CNN, Sandra Gonzalez. "Sofia Coppola is first woman to win Cannes director prize in 56 years". CNN. Dicapai pada 2017-05-30.
  4. ^ Blumberg, Naomi. "Sofia Coppola | American director". Britannica.com. Dicapai pada 2017-05-30.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting