Su Keong Siong

YB Tuan Thomas Su Keong Siong ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Ketari.

YB Tuan

Su Keong Siong

ADN
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Ketari
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Didahului oleh Young Syefura Othman
Majoriti120 (PRU-15)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kampar, Perak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ko Chung Sen
Digantikan oleh Chong Zhemin
Majoriti11,801 (PRU-14)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ipoh Timor, Perak
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Lim Kit Siang
Digantikan oleh Wong Kah Woh
Majoriti30,000 (PRU-13)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Pasir Pinji
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Chan Kam
Digantikan oleh Howard Lee Chuan How
Majoriti6,339 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Dalam jawatan
2008–2009
Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin
Butiran peribadi
LahirSu Keong Siong
(1966-09-18) 18 September 1966 (umur 57)
Sitiawan, Perak
Alma materUniversity of Wolverhampton (LLB)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam Bertauliah

Beliau berasal dari Sitiawan dan telah dilahirkan pada 18/9/1966 di Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Methodist (ACS) & Sekolah Menengah Methodist (ACS) Sitiawan dari tahun 1974 ke 1983. Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana Undang-Undang dari University of Wolverhampton pada tahun 1992 dan Certificate of Legal Practice pada tahun 1993.

Dalam Pilihanraya Umum 2004, beliau bertanding atas tiket parti DAP di kawasan Pasir Pinji dan memperolehi 9,633 undi dengan majoriti 2,841 undi. Kemudian, dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Pasir Pinji, Perak. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 12,526 undi dengan majoriti 6,339 undi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-13, beliau telah di pilih oleh DAP untuk bertanding di kawasan Parlimen Ipoh Timur (P.064) atas tiket parti DAP dan mendapat 49,086 undi dengan majoriti 34,000 undi.

Kerjaya:

  • Peguam

Jawatan agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Kampar
  • Ahli Parlimen Ipoh Timor
  • ADUN Pasir Pinji

Pendidikan:

  • Sekolah Rendah Methodist (ACS) (1977)
  • Sekolah Menengah Methodist (ACS) Sitiawan (1983)
  • ijazah sarjana Undang-Undang dari University of Wolverhampton (1992)
  • Certificate of Legal Practice pada tahun (1993)

Rujukan

sunting