Terlalu Istimewa

Terlalu Istimewa merupakan album Pertama hasil nukilan Adibah Noor yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh syarikat SONY-BMG Entertainment Sdn Bhd dan Adibah Noor Entertainment.

Terlalu Istimewa
Album studio oleh
Dilancarkan pada2005 (2005)
Dirakamkan padaGrooveworks Studio
Syarikat
  • Sony BMG Entertainment Sdn Bhd
  • Adibah Noor Entertainment Sdn Bhd
PenerbitJook Chew (trek 1), Azlan Abu Hassan (trek 2 - trek 17)
Kronologi Adibah Noor
- Terlalu Istimewa (2005) Teman (2010)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terlalu Istimewa ialah tajuk lagu dendangan Adibah Noor yang digubah Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis Adibah sendiri. Lagu ini disertakan dalam album sulung Adibah yang sama tajuknya. Lagu ini diilhamkan daripada kes Nurul Huda Abdul Ghani, seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dibunuh dalam satu kes jenayah yang dihebohkan pada awal tahun 2004.[1] Lagu ini diterbitkan oleh Azlan Abu Hassan, dan pemuzik-pemuzik yang terlibat termasuklah Azlan Abu Hassan (keyboards), Eddie Marzuki (gitar/bass) dan Adibah Noor sendiri (suara latar). Lagu Terlalu Istimewa meraih beberapa anugerah muzik berprestij tempatan sepanjang tahun 2006, termasuk juara keseluruhan, juara kategori balada dan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-21 dan juara keseluruhan Hits 1 RTM.

Senarai runut

sunting
#Judul LaguKomposerPenulis LirikMasa
1Detik ItuJook ChewAdibah Noor3:46
2PutihOmar KUcu3:50
3Fantasi Sebuah CintaAzlan Abu HassanUcu4:09
4Joget Hati SenangA. AliAdibah Noor3:49
5Terlalu IstimewaAzlan Abu HassanAdibah Noor4:04
6KelabuReezamReezam4:20
7Ikan Di Laut Asam Di DaratTraditionalTraditional3:41
8PengorbananAzlan Abu HassanRizal Kamaruzzaman3:52
9Begitulah AsmaraReezamReezam4:25
10Hanya RestuJariAdibah Noor5:00
11Joget Hati Senang (minus one)
12Terlalu Istimewa (minus one)
13Kelabu (minus one)
14Ikan Di Laut Asam Di Darat (minus one)
15Pengorbanan (minus one)
16Begitulah Asmara (minus one)
17Hanya Restu (minus one)

Rujukan

sunting
  1. ^ Shazryn Mohd. Faizal (2007-01-19). "Terlalu Istimewa apa misi Adibah Noor?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-04-24.[pautan mati kekal]